Dimalukan oleh pihak editorial sebuah majalah, Andi Bernadee bengang! Semuanya bermula bila pihak tersebut memuat naik video artis BBNU termasuk Andi, Tajul dan Ismail Izzani.
Antara soalan yang ditanya adalah niat sahur dan doa berbuka puasa. Dalam rakaman tersebut dapat disaksikan, Andi seolah-olah tak hafal pun doa buka puasa.
Kata Andi, perkara tersebut senagja dilakukan bagi mengejar rating. "Bagi saya mereka mengambil kesempatan, trafik mereka tiba-tiba naik sebab benda itu je. Mereka sengkek dengan content ke? "Yang saya bengang sekarang ini kenapa mereka perlu buat macam tu? Apa yang mereka mahu? Nak jadikan role model melalui perkara-perkara begini?" katanya kepada mStar Online.
Disebabkan video tersebut, ramai netizen yang mengecam Andi yang dianggap memang tak tahu bab agama. "Sejujurnya saya bukan tak tahu doa berbuka, cuma ketika itu saya sedang menjalani penggambaran TV dan bukannya untuk mereka. Kami sedang bergurau dan mereka datang bawa kamera dan terus rakam. "Dah pesan awal jangan upload sebab tahu mesti akan dikecam. Mereka dah janji, tapi tetap juga buat tanpa tag kami. Kenapa, takut kami perasan fasal video tu?"
Tambah Andi, pihak tersebut gagal membawa tanggungjawab untuk menyampaikan benda-benda baik. "Sepatutunya artis dan media saling bekerjasama dan bukan jatuhkan imej seseorang. Tapi sebab pentingkan diri, nak trafik. Dia tahu benda boleh jadi viral sangguplah buat begitu." Walaupun terasa hati namun Andi kata ia dijadikan sebagai pengajaran dan ujian buatnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|