CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lokasi Loji Nuklear Sudah Diputus!

26-9-2013 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8189| Komen: 34



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan lokasi sebenar pembinaan loji nuklear yang didakwa sudah diputuskan namun dirahsiakan.

Persoalan yang itu ditimbulkan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) dan Dr Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Charles berkata, sebelum ini jawapan yang diberikan kepadanya oleh kementerian berkaitan mengatakan lokasi tersebut belum diputuskan lagi.

"Laporan World Nuclear Association menyebut lima lokasi berkemungkinan sudah dikenalpasti di Semenanjung Malaysia.

"Tetapi kementerian mengatakan ia belum diputuskan. Nampaknya keputusan sudah dibuat tetapi dirahsiakan dari Parlimen dan rakyat," kata Charles.

Tahun lalu, Najib berkata, kerajaan setakat ini hanya mengkaji pemilihan tapak loji nuklear tetapi belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk melaksanakan projek tersebut.

Menurut beliau, hanya kajian pemilihan tapak yang berdasarkan pelbagai peta digital bagi Semenanjung sahaja telah dijalankan, tanpa sebarang kerja lapangan dilaksanakan hingga kini.

Katanya, kajian awal berkenaan hanya tertumpu kepada usaha mengenalpasti "keperluan dan persediaan awal" sekiranya projek tersebut dilaksanakan.


Sementara itu, Dr Che Rosli berkata, "tiada transparensi dalam isu ini. Kita tuntut PM jelaskan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cak! 25-9-2013 01:50 PM
buat kat tasik kenyir..senang nak cool down
Quote HUHA 25-9-2013 01:54 PM
kepada kawasan yg telah dipilih ...taniah diucapkan
Quote Bedah.Cun 25-9-2013 01:55 PM
Buat je lar kat Johor tu, kan ke sempadan dengan Singapura banyak Cina bukit Oriental yang muke diorang sememangnye bermutasi walaupun tak kena radiasi nuklear
Quote noor2 25-9-2013 01:59 PM
Bedah.Cun posted on 25-9-2013 01:55 PM
Buat je lar kat Johor tu, kan ke sempadan dengan Singapura banyak Cina bukit Oriental yang muke dior ...

esok dapat menantu org sana baru tau....
Quote Bedah.Cun 25-9-2013 02:01 PM
noor2 posted on 24-9-2013 05:59 PM
esok dapat menantu org sana baru tau....

Kosser, Bedah nak menantu orang Sweden je yea
Quote Acong 25-9-2013 04:11 PM
elok buat kat putrajaya
Quote kucingTomey 25-9-2013 04:15 PM
cak! posted on 25-9-2013 01:50 PM
buat kat tasik kenyir..senang nak cool down

tasek penyejuk ni ritu aku ade tgok cite river monster....jeremy pi pancing ikan dekat kawasan ctasek penyejuk chernobyl boh.....tgh2 tu

Quote NIXAR 25-9-2013 04:16 PM
kalau dekat dgn air ni kat t'ganu buleh. kelate buleh. dekat sgt dgn laut. kt johor paling strategik. bg lee kuan yew sakit jantung
Quote Al-Patih 26-9-2013 07:22 AM
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan lokasi sebenar pembinaan loji nuklear yang didakwa sudah diputuskan namun dirahsiakan. Persoalan yang itu ditimbulkan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) dan Dr Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Hello Beb ..kamu tak tau kah ...nanti ada Yang Bahlol akan jawap ...

@tongkatwaran75   


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi di 'boo' beberapa ahli Parlimen di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini ketika menjawab persoalan mengenai  butiran  perjanjian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Suasana menjadi gamat sebaik Ab Aziz berkata, "Kita sudah beritahu, perjanjian AES ini di bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya.
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=756341






         
Quote nour2001 26-9-2013 07:28 AM
nak buat loji nukelear kena buat berhampiran pantai / laut...so negeri2 persisiran pantai (most likely negeri2 be end mcm ganu , pahang...Johor maybe not sbb terlalu dekat dgn singpork ..
Quote neotoxin 26-9-2013 07:36 AM
"Laporan World Nuclear Association menyebut lima lokasi berkemungkinan sudah dikenalpasti di Semenanjung Malaysia.


kat mana 5 lokasi berkemungkinan ni?
Quote hanalisa 26-9-2013 07:53 AM
biarlah RAHSIA..
Quote niceghost2005 26-9-2013 08:28 AM
Acong posted on 25-9-2013 04:11 PM
elok buat kat putrajaya

Luper plak.................Putrajaya ada tasik eh.
Bley cool down reactor nuclear tu.

Pandai hang...............Acong

Quote Acong 27-9-2013 05:10 AM
sememangnya lokasi terbaik adalah kat Putrajaya..... kalau bocor, biaq laa sejukkan pakai air kat tasik putrajaya tu....
Quote kambeng_masam 27-9-2013 07:26 AM
letak kat putrajaya...ari2 kakmah boleh jogging sambil melambai kepada pekerja loji nuke tu dari persisiran tasik putrajaya. untunglah kalau di mesia ada nuke plant.....letak kat sebelah umah najib pun hokayyyy.
Quote yayah8989 27-9-2013 08:36 AM
tak tau pn pasal ni
Quote jebat_ensem 27-9-2013 09:18 AM
Quote gsfreedom1 27-9-2013 12:28 PM
apa tujuan bina loji nuklear tu
1. jana elektrik
2. pertahanan

kalo jana elektrik leh kurang kos pada pengguna pesalahnye
kalo utk pertahanan pun ok gak

tapi tender kena kasi buka pada awam le
jgn sebat suku sakat je
Quote kuriboh 27-9-2013 12:37 PM
letak je kt pahang..kt pekan tu. bia dia ada akai sket

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.078480 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top