CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beranak Maut, Dirempuh Kereta Lelaki Bawa Ketum

8-5-2019 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6253| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sebuah kereta yang penuh dengan muatan ketum merempuh motosikal yang dinaiki tiga beranak.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Nibong, Tanah Merah jam 7 pagi menyebabkan ketiga-tiga beranak tersebut menemui ajal.


Astro Awani melaporkan,  Nur Zurita Kadir, 26, dan dua anaknya Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5, maut di tempat kejadian.

Foto: Astro Awani
Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya ke sekolah tadika.

Manakala pemandu kereta berkenaan pula dari arah bertentangan.

Mangsa dirempuh dari arah depan selepas pemandu kereta itu masuk ke laluan mangsa.


Foto: Sinar Harian
Adik mangsa, Zulfadli Shah Kadir, 25, berkata,

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah kakak pada pagi tadi di rumah ibu kerana arwah dan anaknya menumpang mandi kerana tiada bekalan air di rumah.'

Mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Wira turut ditahan untuk siasatan lanjut. -CARI
4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 8-5-2019 06:27 AM
Allahu!
Baca news ni mula2 igt driver mabuk ketum, rupanya pil kuda
Sian mangsa2
Xmemasal je
Quote Buritan 8-5-2019 06:34 AM
Siannyaa.. moga kita dijauhkan dr org org ketum pil kuda ekstasi..
Quote OttoVonBismark 8-5-2019 06:37 AM
Bagus la si pelaku tak mati. Kalau mati kang senang sngt ending dia. Biar dia meranadalam penjara sambil dibelengu rasa bersalah dan dihina seumor hidop.  Itu lebih menyiksakan. Nak pulak orng keliling akan jaja cerita pembunuh sampai kemati. Silap silap ketali gantung
Quote imransulaiman 8-5-2019 06:38 AM
Kalau warganegara luar eksiden dalam Thailand dan membawa kepada maut warga mereka, pelaku hendaklah membayar ratus ribu untuk ikat jamin.

Kes yang ni macam mana pula?
Quote budakshinchan 8-5-2019 06:42 AM
kalo rakyat Malaysia buat salah kat negara depan kemaen hukuman dia.. haaa rasain pulak rakyat dia buat hal kat tmpt kita.. jgn bagi muka.. x pasal pasal org leb jd korban..
Quote diss69 8-5-2019 06:45 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun... Sedihnya...
Quote FOTHER-MUCKER 8-5-2019 06:45 AM
Car reg # pun dah bagi tau DAK= daun ketum akhirnya membawa kematian
Quote umie 8-5-2019 06:47 AM
Ya allah...siannya. Babi punya mat ketum!!! Ko punye pasal 3 beranak hilang nyawa! Semoga ko mereput dalam penjara!
Quote Remyda 8-5-2019 06:50 AM
Innalillah. Salam takziah
Quote nishikido 8-5-2019 07:34 AM
Sedihnya tgok budak baju merah dalam longkang tu..bertutup dengan timbunan daun2.buat pemandu kereta,nahaslah kauuu.. nasib baik poser,i tahan je mulut dari carutan terpaksa..
Quote Sazida 8-5-2019 07:44 AM
Waitt, dari kg nibong nk ke jeli tu jauhh la.,, lebih kurang 20-25km. Berkereta pun aku rasa lama. Ni naik motor.    kenapa la hntr ank jauh2 sgt., kt area kg dia pun ada je tadika.,, Sedihnya tgk gmbr budak baju merah tu.,
Quote EvieWanKenobi 8-5-2019 08:28 AM
takziah.. pergi bersama anak2nya..
Quote isseliparjepun 8-5-2019 08:53 AM
Semoga peminum peminum ketum mendapat manfaat dari kisah ini. Sebab ada permintaan, selagi tu la akan ada kes kes begini. Allahu..apa lagi yang peminum dan peniaga ketum ni mahukan.
Quote leylapple 8-5-2019 09:09 AM
mcm mana warga thailand senang2 masuk msia.. bawak ketum pulak tu.. dahla di bawah pengaruh dadah...

kesian nya tgk diorang tercampak...

aku harap mamat nie diberikan layanan yg cukup 'bgs' lepas nie
Quote RatuDunia94 8-5-2019 10:42 AM
Teruk juga keretanya.. mesti kuat impaknya sampai tercampak mangsa.. kesiannya..
Quote arm_band 8-5-2019 10:51 AM
orang sibuk nak gi keje, nak sekolah, ko pun sibuk ngan daun ketum ko. kurang ajar
Quote nazzse 8-5-2019 11:16 AM
Sazida replied at 7-5-2019 11:44 PM
Waitt, dari kg nibong nk ke jeli tu jauhh la.,, lebih kurang 20-25km. Berkereta pun aku rasa lama. N ...

Mangsa dgn anak2 dari rumah maknya tumpang mandi rumah sendiri takda air..pagi tu nak balik anak sekolah.. Naik motor dgn 2 anak kecik lalu ikut jalan tu seram jgk la dengan kereta laju2..Apapun dah ajal.. Innalillahiwainnailahirojiun
Quote Pink_Purple 8-5-2019 11:30 AM
remuk teruk kete tu, memang dia laju la..

entah2 ada mangsa yang tercampak atas kete..ngerinya

a;fatihah..
Quote ikanmasin 8-5-2019 11:55 AM
Innalillahiwainnailahirojiun...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.088989 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top