Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hanya layak diberikan satu daripada 10 markah ekoran kegagalannya menguruskan isu perpindahan bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja di Kuala Lumpur dengan baik. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dipetik daripada laman Facebook beliau berkata, pendapatan peniaga di bazar Ramadan Jalan Raja terjejas teruk akibat sambutan tidak memberangsangkan daripada orang ramai. Antara punca yang menyebabkan situasi itu berlaku adalah tiada ruang tempat letak kereta, kemudahan pengangkutan awam tidak mencukupi dan tidak dibenarkan menjual juadah berbuka puasa. Najib menulis status tersebut bagi mengulas laporan Sinar Harian pada 7 Mei berhubung amaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik tapak Ramadan Jalan Raja yang masih belum memulakan operasi. Ramai netizen turut berkongsi pandangan sama dengan Najib dan menyuarakan kritikan terhadap Khalid yang dikatakan telah tersalah langkah dalam menangani isu tersebut. Mereka mempersoalkan mengapa Khalid dahulu berdegil untuk memindahkan operasi bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menjadi lokasi tumpuan warga kota walaupun dibantah keras oleh peniaga-peniaga. Mungkin peniaga menunggu sehingga pertengahan Ramadan untuk mula beroperasi kerana pada masa itu lebih ramai pelanggan berkunjung untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri. - CARI |
beautifulorchid replied at 8-5-2019 11:55 AM
dengki lagi dengan melayu meniaga..padam muka kemah ko kosonggg
ADVERTISEMENT