CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tiba-tiba Muntah Darah, Nonny Nadirah Kena Buatan Orang?

7-5-2019 01:22 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8803| Komen: 32|Original author: Oleh: LilRose


Ramai pengikut dan peminat bimbang dengan kesihatan pelakon Nonny Nadirah selepas dia berkongsi video menunjukkan darah tiba-tiba keluar dari mulutnya.

Namun menurut Nonny, dia tidak menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan sebelum itu.

"Tengah duduk diam-diam, tiba-tiba darah dari mulut keluar banyak. Tak ada batuk, tak ada apa. Ke sebab panas ke apa?" tulisnya.



Ramai pengikut terkejut dengan pendedahan itu termasuk rakan artis yang mendoakan kesihatan Nonny selain meminta pelakon berkenaan membuat pemeriksaan kesihatan.

Dalam masa sama, ramai juga tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian itu ada kena-mengena dengan ilmu sihir.


Kredit foto: IG Nonny Nadirah

Apa yang membuatkan Nonny memuntahkan darah tiba-tiba? Misteri juga ni. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 7-5-2019 01:25 PM
dia dah scan & buat x ray semua ke kat hospital? ke dah buat semua tu sbb tu suspect kena sihir?
Quote RatuDunia94 7-5-2019 01:41 PM
Iola tgok darah je rasa nk pitam...
Quote Victorioussss 7-5-2019 01:57 PM
Hmmm ayg ok x ni.....jaga diri tu ayg...hm abg risau a mcm ni. Hm..

Vic dan nonny in love forever
Quote PENCINTA_DIRIMU 7-5-2019 02:14 PM
Jangan main2 kalau dah sampai muntah darah, kena cepat2 pergi berubat apa cara sekalipun... seram la
Quote ziezot 7-5-2019 02:23 PM
Pernah tengok kat tv dia cerita pengalaman kene sihir.. Sampai bercerai. Kot ada yg dengki  {:question
Quote nuryakmal 7-5-2019 02:30 PM
dia ni asal masuk paper je mesti sebab sakit. kesian
Quote mewo 7-5-2019 02:44 PM
Bella ada d mana2..
Quote yayangmama 7-5-2019 03:33 PM
kesiannya dia...tak habis lg cerita psl kena sihir ke? kan kn sihir smpai cerai kan...ni dah cerai pon msh ade lg...apelah yg org tu nak
Quote jula7 7-5-2019 03:39 PM
agaknya bekas suami tu masih nak kat dia..tu pasallah org tu masih sihir dia..
nak dia yg nony ni mati kot..
astagfirullah
Quote Atata 7-5-2019 03:55 PM
X pyh la post2 benda ni. Kalau betul d sihir, org yg sihir tu akan rasa gembira sbb sihir dia menjadi. Pelik betul. Cuba suruh dia baca kat bod misteri paranormal dan sakti tu. Hehe
Quote cmf_blingblings 7-5-2019 04:11 PM
ninjago replied at 7-5-2019 01:25 PM
dia dah scan & buat x ray semua ke kat hospital? ke dah buat semua tu sbb tu suspect kena sihir?

Dia mmg warded banyak kali nampak hari tu tapi sebelum bercerai
Quote namieamuro 7-5-2019 04:14 PM
kalau btl ade kaitan sihir, elok la dendiam je..keep it to yourself and families member je..kalau btl sihir, dh tentu org menyihir tu happy sebab menjadi sihiran die..
Quote Perk77 7-5-2019 04:19 PM
Lain Kali diam je...DH sihat Dr Sihir pun diam juga...nnti org still tk puas hati...hidup biar Di selubungi rahsia
Quote monsterwife 7-5-2019 05:46 PM
Sikit2 fikir sihir. Entah2 TB
Quote EvieWanKenobi 7-5-2019 06:02 PM
semoga dijauhkan dari perkara buruk..
Quote simatakucing 7-5-2019 06:13 PM
Kesiannye noni.semoga sihat sejahtera
Quote munchkin 7-5-2019 10:12 PM
Semoga cepat sembuh. Anyway setuju ngan yg lain tak perlu kot nak post video gini .
Quote pavlovachoc 7-5-2019 10:26 PM
Kesian dia ..
Quote azeri 8-5-2019 03:34 AM
Semoga dikurniakan kesihatan sempurna.
Penyakit seperti ini agak misteri.
Berlaku tiba-tiba.
Pasti ada sebabnya. Antara tahu dan tak tahu jer.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.164705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top