Lima doktor dipecat bantah kehadiran doktor Malaysia
JAKARTA: Lima doktor kontrak di Hospital Tangerang Selatan (RSU Tangsel), di sini, yang terbabit dalam demontrasi membantah kehadiran dua doktor Malaysia di hospital itu pada Jumaat dan Isnin lalu, dipecat Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan. Sementara itu, 18 doktor penjawat awam di hospital itu pula diberikan surat amaran, lapor akhbar harian Kompas, Rabu. Dalam demonstrasi oleh sekumpulan doktor hospital itu, mereka bukan saja bantah kehadiran doktor Malaysia di hospital itu malah turut mendesak pihak berkuasa mengganti pengarah RSU Rangsel yang mereka dakwa tidak berlatarbelakang perubatan.
Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan dilaporkan bertindak memecat lima doktor itu dengan alasan mereka melanggar kontrak apabila meninggalkan tugas ketika berdemonstrasi, namun alasan itu dibantah Ketua Jawatankuasa Perubatan RSU Tangsel, Daniel Richard, yang mendakwa kelima-lima doktor itu menjalankan tugas mereka terlebih dahulu sebelum berdemonstrasi. Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan menyatakan kehadiran dua doktor dari Malaysia itu adalah semata-mata dengan tujuan untuk memindahkan ilmu kepada doktor di RSU Tangsel. Ketua Jabatan Kesihatan Tangsel, Dadang Epid, menjelaskan lima doktor itu sebenarnya telah ditamatkan kontrak kerana didapati melanggar kontrak kerja yang mereka tandatangani. "Jumlah doktor yang ditamatkan kontrak ada lima. Jadi, bukan dipecat. Mereka meninggalkan tugas dengan alasan yang tidak munasabah, bukan dengan alasan seperti sakit, misalnya," katanya. - Bernama |
sue_0684 posted on 25-9-2013 09:24 PM
kata doctor..tp bodo melantun2...
kentutmanis posted on 25-9-2013 11:49 PM
bayangkan kalu doktor belanda yg dijemput dtg, harus sembah kaki cium tangan lage2 pipi
ADVERTISEMENT