Gagal mengawal amukan kerana kalah dalam permainan video, lelaki tergamak membelasah anak lelakinya berusia sebulan. Memetik METRO, Anthony Trice, 26, ketika kejadian membaling controller permainan itu ke arah mangsa, De’Anthony Trice di rumahnya di Louisville, Kentucky, pada Jumaat lalu. Trice didakwa menampar bayi berkenaan hingga menyebabkan kecederaan serius sebelum membawa mangsa ke dapur untuk menyediakan susu untuknya. Namun, suspek dikatakan menjatuhkan bayi itu sebelum mengangkatnya semula. Bagaimanapun, polis tidak pasti sama ada Trice sengaja menjatuhkan mangsa atau tidak. Lelaki itu kemudian menggunakan bilik air, dan sebaik keluar dia mendapati anaknya dalam keadaan membimbangkan sebelum menghubungi talian kecemasan 911. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Norton, di mana dia disahkan meninggal dunia pada Ahad. Trice didakwa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan membunuh kanak-kanak. Mahkamah menetapkan bon sebanyak ASD1,000,000 (RM4,147,600) terhadap tertuduh, lapor Wave3. - CARI
|
raxief replied at 7-5-2019 12:55 PM
bodoh.. anak aku tekan button power off laptop masa aku main CS GO online, relax je aku gelak, cium ...
Artemesiaa replied at 7-5-2019 11:50 AM
Jenis ingat mereka masih remaja masih gila nak berseronok dan belum sedia nak ada anak tapi dah ada ...
ice_sky92 replied at 7-5-2019 11:52 AM
I don't want to live on this planet anymore.
ADVERTISEMENT