CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Macam Mana RTM Boleh Panggil As'Ad Motawh Duet Dengan Penyanyi 'Senior'?

7-5-2019 11:58 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11501| Komen: 51|Original author: Oleh: Azza





Tak habis-habis lagi As'ad Motawh bikin netizen memperkatakan tentang dirinya. Terbaharu ialah paduan suara bersama penyanyi-penyanyi senior dalam rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Konsert Minggu Ini.

Berpadu suara dengan Lah Ahmad, Lan The Typewriter dan Adeep Nahar dengan lagu 'Padamu Ku Bersujud' jelas menunjukkan yang As'ad sebenarnya tidak boleh menyanyi. Suaranya kedengaran halus hingga ada beberapa bahagian tidak jelas sebutannya ketika menyanyi solo.

Ini menyebabkan netizen berang kerana usaha RTM tersebut seolah-olah menjatuhkan lagi reputasi penyanyi senior yang bersungguh-sungguh mendendangkan lagu ketuhanan tersebut. Sedangkan dalam masa sama As'ad tidak mampu memberikan 'nyawa' pada nyanyiannya membuatkan ianya kedengaran cacat.


Malahan, mengikut pendengaran mereka, As'ad juga dilihat mengambil langkah selamat ketika bahagian nyanyi beramai-ramai. Maklumlah ketika ketiga-tiga penyanyi tersebut bersungguh-sungguh mendendangkan lagu secara harmoni, As'ad didakwa cuma 'miming' semata-mata kerana suaranya tidak kedengaran langsung!


Justeru itu, ramai netizen mempersoalkan tindakan RTM menjemput penyanyi remaja itu ke rancangannya. Apatah lagi dipadankan bersama penyanyi yang diketahui bersuara sedap.



Kredit foto: IG

Bagi netizen, As'ad bukanlah penyanyi yang bagus, jadi adalah menghairankan kenapa dia begitu popular sehingga laku di panggil di banyak tempat? Adakah kerana dia mempunyai peminat yang ramai atau wajahnya yang komersial membuatkan dia sentiasa mendapat sambutan?

Jika betul sekalipun dua faktor itu yang menyebabkan RTM memanggilnya, adalah lebih elok mengandingkan dengan penyanyi yang bersesuaian bukan penyanyi senior seperti ini. Mesti mereka juga keliru dengan pemilihan As'ad tersebut.

Kredit foto: IG

Lebih dasyat, ramai mempersoalkan kenapa As'ad kini menjadi sebutan berbanding BBNU lain? Jadi, apa pendapat anda dengan figura bernama As'ad Motawh? - CARI 

Bagus

Marah
6

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 7-5-2019 12:04 PM
Hahahahahaha perasan nau asad montah ni, you can’t sing at all. Jual rupa sudah
Quote Kurex 7-5-2019 12:15 PM
Bila video dia lencep nak leak?
Quote keys 7-5-2019 12:16 PM
Kenapa kau menyeksa diri dek? Aku perhatikan setiap kali suara kau tak keluar kau dok tekan earphone kau seolah2 menatang tu rosak. Dek, sore kau memang tak keluar la. Bukan natang tu rosak
Quote laksmanabentan 7-5-2019 12:26 PM
keys replied at 7-5-2019 12:16 PM
Kenapa kau menyeksa diri dek? Aku perhatikan setiap kali suara kau tak keluar kau dok tekan earphone ...

kan.... menyanyi mcm takde nyawa..
mcm lepaskan batuk di tangga jer...

nyanyi lagu kerohanian tapi pakaian...
dengan seluar terkoyak di lutut..
sure sapa2 suruh cover part tu dengan kain hitam
sbb tu part seluar terkoyak tu nampak mcm berbonjol lak..
hahhahahaah...
Quote RatuDunia94 7-5-2019 12:28 PM
Sedihnyaaaaaaaa...
Teringat satu video raya. Najwa Latip nyanyi dgn Siti, Alyah n Shila Amzah.. at east sedap juga Najwa tu nyanyi.. xde la tenggelam.. bbnu zaman skrg ni mmg zero bakat terus ke mcm mana?

Ini lah golongan2 yg melacurkan industri seni kita.. bakat separas buku lali tapi impian setinggi gunung.. *ala2 kak ogy tak?
Quote shida81 7-5-2019 01:01 PM
populor sbb rupe je la... achik2 x yah kata x hensem ye da mmg gini taste budak2 skang
Quote EvieWanKenobi 7-5-2019 01:06 PM
harapkan rupa aje la..
Quote AshkieLa 7-5-2019 01:09 PM
ya rabbi..
dahlaa semua tu adeeb nahar, lah ahmad, lan type writer semua sedap2 suara live...
suara tak goyang punya...
selalu rtm punya standard pemilihan artis.. ok.. dia amik semua yg boleh nyanyi, drama yg ade isi, pelakon yg mampu berlakon dengan baik... tiba kali ni kat si muntah ni.. ape dah jadi...
Quote mixed 7-5-2019 01:25 PM
asal  nak montah dgr suara bdk ni


jual muka suara nan hado  puiii


montah montah
Quote matchstick 7-5-2019 01:34 PM
sampai skrg aku xtahu dia ni ada lagu yg penah keluar radio ke..dr mana muncul budak ni jadi penyanyi pastu buat konsert bagai. nk google pun malas

ada kabel dgn rtm ke boleh dijemput sebaris dgn retis senior yg best2 tu
Quote namieamuro 7-5-2019 01:40 PM
jgn dilantik jd wakil retis utk cuti2 malaysia dah la..nak sgt tarik org luar bercuti kan
Quote 7doors 7-5-2019 01:42 PM
X beragak ambil part lepas Azlan nyanyi...ehh selayaknya humming je taraf suara asad nih...yiihhhh
Quote TerataiMelur02 7-5-2019 01:44 PM
nyanyi mcm org sembelit je...tolong jgn jd perasan, suara kau memang hauk dik oi.
Quote nazzse 7-5-2019 01:46 PM
Dijemput as crowd puller..last2 sendu, kosong auditorium tu..tengah2 je ada orang,kamera pun hati2 tunjuk crowd  
Quote lolita737 7-5-2019 02:00 PM
terus ku search di youtube videonya..

mmg hmmmmmmm....
Quote supernaturalee 7-5-2019 03:22 PM
konsert minggu ini ni ala2 hiburan minggu ini, hmi ke
Quote chillipepper 7-5-2019 04:04 PM
ok baru tgk youtube juga... so out of his league maaaan
Quote caprut 7-5-2019 04:09 PM
RatuDunia94 replied at 7-5-2019 12:28 PM
Sedihnyaaaaaaaa...
Teringat satu video raya. Najwa Latip nyanyi dgn Siti, Alyah n Shila Amzah.. at  ...

oh video ni. best je suara najwa smua tu
Quote hyie 7-5-2019 04:09 PM
gambar dia yang last tu ada iras sarah suhairi

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.136540 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top