Malang nasib seorang warga kota, hajatnya untuk mula berniaga pada hari pertama Ramadan tergendala kerana beg duitnya diambil orang. Peristiwa yang berlaku di sebuah pasar raya ini dirakamkan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang jelas menunjukkan sepasang suami isteri bersama anaknya mengambil dompet tersebut. Tragedi ini sangat dikesali oleh adik lelaki tersebut lalu menularkan rakaman CCTV ke media sosial dan mengharapkan dompet tersebut dipulangkan kembali. Menurut Syaza lagi, video tersebut jelas menunjukkan aksi sepasang suami isteri yang ternampak dompet berada di lantai lalu suami menyuruh si isteri mengambilnya. Lebih teruk, si suami melihat isi dompet tersebut dan menyedari ada wang lalu terus menyimpannya di dalam poket. "You guys boleh nampak abang I (baju biru) baru je gerak dari tempat tu. Dia patutnya boleh ja panggil bagitahu 'wallet' tercicir, tapi nak curi jugak." Bertempat di Kedai Rakan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ramai netizen tidak menyangka kejadian tersebut berlaku di bulan yang mulia ini. Apatah lagi mereka turut membawa anak bersama-sama sekaligus menunjukkan contoh tidak baik kepadanya. Malahan, ada netizen turut berkongsi peristiwa yang sama berlaku di kedai tempatnya bekerja iaitu ada budak mencuri mainan. Peristiwa ini telah memberi gambaran bahawa sifat tidak baik tetap kekal berada di dalam diri biarpun dalam bulan yang penuh barakah ini. Bagaimanapun, tidak semua yang bersetuju dengan pendapat ini. Ada juga yang merasakan masalah ini berpunca dari abang mangsa yang cuai. Ini mendedahkan pada situasi yang tidak dijangka iaitu kecurian daripada pihak suami isteri itu.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|