Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya menghentikan mengeluarkan kenyataan yang di luar pengetahuannya.
Dr Mahathir juga bukanlah mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetapi beliau menegur pewaris takhta itu, iaitu TMJ sendiri. "Saya tidak mahu mengulas mengenai sultan kerana sekiranya saya mengatakan yang tidak baik maka, tidak elok kerana baginda seorang sultan. Tetapi TMJ, dia seorang budak.. dia ini budak bodoh tidak tahu apa yang berlaku diluar sana. Jadi jangan cakap, kalau kamu tidak tahu apa-apa dan jangan berkata-kata," jelasnya memetik Malaysiakini. Mahathir mengulas mengenai kenyataan TMJ bahawa perbuatan baik ayahandanya, seperti mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan tidak ditonjolkan. Kenyataan TMJ itu keluar selepas suatu laporan mengenai sebidang tanah persekutuan yang diperuntukkan untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) baru-baru ini telah dipindah milik atas nama sultan. Sultan Ibrahim mengatakan bahawa baginda bersedia untuk menyerahkan tanah itu tanpa kos.- CARI
|
Meiizu replied at 6-5-2019 04:07 PM
tapi aku pun tak berapa berkenan dgn si dagu lapis nehhhh....takat abis sekolah jerr, so nampak lah ...
teloq replied at 6-5-2019 06:13 PM
memang pun...kenyataan yg sukar sekali utk disangkal.
contoh heshe taboq duit kat pasaraya apa nt ...
teloq replied at 6-5-2019 06:13 PM
memang pun...kenyataan yg sukar sekali utk disangkal.
contoh heshe taboq duit kat pasaraya apa nt ...
clarizsa replied at 6-5-2019 08:28 PM
Kat aeon tebrau
Tempat orang kaya shopping
ADVERTISEMENT