Dah lama netizen kecoh bila dengar rumah tangga Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila goyah. Macam-macam spekulasi timbul bila Sharnaaz memuat naik status-status sedih.
Tapi video yang dimuat naik Nabila baru-baru ini macam memberi bayangan hubungan mereka semakn pulih. Video anaknya, Jebat Jayden yang menyebut 'Baba' bukti Nabila dan Sharnaaz elok sahaja meluangkan masa bersama.
Dalam rakaman tersebut kedengaran suara Sharnaaz di samping Nabila yang sedang mendukung Jebat. Di ruangan komen ramai yang kata mereka lega dan bersyukur kedua-duanya bahagia.
Walaupun belum ada gambar selfie sama-sama macam tengah angau bercinta dulu pun tak mengapalah. Biasalah suami isteri gaduh-gaduh manja kan? Lain kali kalau gaduh diam-diam je, tak payah nak 'merempan' di media sosial.
Tapi kalau sengaja nak jadi bahan umpatan, silakanlah. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|