Tak sampai 24 jam buat laporan polis, seorang wanita pilu apabila suaminya yang hilang sebelum ini ditemui mati terapung di Sungai Lokan, Bukit Mertajam.
Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui jam 3 petang dalam keadaan lengkap berpakaian dan terapung di sungai. Harian metro melaporkan, isterinya membuat laporan 7.16 malam semalam selepas suaminya tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth. Dalam laporan dinyatakan mangsa keliar rumah pada jam 1 pagi untuk minum dengan rakan di sebuah restoran. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, “Lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurujual memandu Toyota Hilux milik syarikatnya seorang diri ketika keluar rumah.
“Bagaimanapun, isterinya hairan kerana suaminya masih tidak pulang sehingga 5.30 pagi dan dia cuba menghubungi telefon bimbit lelaki itu, namun ia tidak aktif." Isterinya cuba menghubungi rakan mangsa namun dimaklumkan masing-masing sudah pulang ke rumah selepas selesai makan dan minum di resotan di Jalan Kampung Baru. “Mayat lelaki itu ditemui terapung di Sungai Lokan 3.02 minit petang, hari ini dan isterinya sudah membuat pengecaman di hospital. “Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian."-CARI
|
jue10 replied at 6-5-2019 03:58 PM
kluar mlm. byk buruk dri baik, baik llaki maupun ppuan. bkn bermakna kua mlm ni mst mati tp byk bnda ...
MissVixen replied at 6-5-2019 08:24 PM
Bak kata ted himym " Nothing good happens after 2:00 a.m.,"
Takziah pada keluarga mangsa
tikusmontok replied at 6-5-2019 08:22 PM
Tok det suruh keje malam..abih tu camner?
ADVERTISEMENT