Rakyat Malaysia ini dari dulu sampai sekarang tidak pernah jemu untuk menjamah ayam KFC yang sedap sehingga menjilat jari. Buktinya lihatlah apabila seluruh francais makanan segera tersebut tak pernah kurang dengan pelanggan.
Sedapnya ayam KFC ini memang tiada tandingan dan susah nak dikalahkan oleh ayam goreng daripada francais makanan segera lain. Siapa yang biasa beli KFC mesti pernah hadapi situasi di mana terpaksa tunggu ayam untuk dimasak seketika kerana stok sudah habis kerana pelanggan yang ramai. Ada yang sabar menunggu kerana dah teringin sangat. Tapi tidak bagi pelanggan di sebuah francais KFC di Teluk Intan ini yang mula mengamuk apabila tunggu lama untuk membeli makanan segera tersebut walaupun sudah diberitahu oleh pekerja mereka. Pun begitu, lepas bengang mendengar amukan pelanggan tersebut, pelanggan lain turut masuk campur dan menjerit supaya mereka diam dan tunggu sahaja. Yang kelakarnya, lepas kena 'sembur' dengan seorang pelanggan ini terus dia perlahan-lahan duduk kembali dan menunggu. Nasib baik tidak sampai menjadi insiden tumbuk-menumbuk. Netizen lain memang kutuk habis perangai dua pelanggan itu yang tidak reti bersabar langsung! |
ADVERTISEMENT