Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dinamakan sebagai pemimpin ke-47 paling hebat di dunia. Pengiktirafan itu diberikan oleh majalah perniagaan Fortune menerusi senarai 50 pemimpin paling hebat di dunia yang disiarkan melalui laman sesawangnya baru-baru ini. Memetik ulasan dalam laman sesawang tersebut, Fortune menyatakan bahawa pada usia 93 tahun, Dr. Mahathir mencatatkan bab yang tidak dijangka dalam legasinya. Menurut Fortune, semasa era pertamanya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mulai 1981 hingga 2003, Dr. Mahathir menjadikan Malaysia salah satu harimau ekonomi di Asia Tenggara. "Namun sikapnya yang tidak mengendahkan kebebasan sistem kehakiman dan akhbar membayangkan ciri-ciri autokratik.
"Tahun lalu, beliau kembali dari persaraan untuk bertanding dalam pilihan raya atas platform antirasuah, memimpin sebuah parti politik yang baru ditubuhkan dan beroleh kemenangan mengejut mengatasi Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak," kata Fortune. Pentadbiran Dr. Mahathir kini dikatakan berusaha untuk memelihara kebebasan sistem kehakiman dan akhbar serta amalan demokrasi yang jujur di negara ini. Setakat ini, beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang berada dalam senarai tersebut sejak ia diperkenalkan enam tahun lalu. Pengasas bersama Yayasan Gates, Bill Gates dan isterinya Melinda menduduki tempat teratas dalam senarai 50 pemimpin dunia paling hebat diikuti oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern di tempat kedua dan Peguam Khas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Robert Mueller di tempat ketiga. Putera Harry dan isteri, Meghan Markle pula menduduki tempat ke-42 dalam senarai berkenaan. Sebelum ini, Dr. Mahathir pernah dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh di dunia oleh majalah TIME (https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=46873). -CARI |
ronin replied at 6-5-2019 01:42 PM
22 tahun jadi PM 4 dan 1 tahun PM 7 hanya dapat nomor 47? Baik tak payah jika hanya nak melengkapkan ...
harizs replied at 6-5-2019 01:56 PM
You tahu siapa curi duit rakyat?? Bang non bertanya.
Orix replied at 6-5-2019 12:09 PM
Panas la muntot pengikut boskurrrrr {:smile
ADVERTISEMENT