Selebriti yang banyak melakukan perubahan sejak berhijrah, Mizz Nina melancarkan kempen 'Launch Good Ramadan 30 days' khusus untuk mengajak umat Islam membuat sebanyak mungkin kebaikan sepanjang bulan puasa ini. Selain itu,isteri Noh Salleh ini juga turut mengikuti kempen yang diadakan oleh organisasi antarabangsa World Hijab Day bagi menyeru golongan wanita seluruh dunia menyahut cabaran hijab Ramadan sempena 30 hari berpuasa. Menurut Nina, tindakan tersebut menunjukkan tanda solidariti terhadap muslimah di seluruh dunia yang sering didiskriminasi atau ditindas sesetengah pihak gara-gara Islamphobia. Penyertaan dibuka kepada Muslim dan juga bukan Muslim khas untuk menyambut Ramadan ini. Jadi ajakan ini akan lebih tersebar dengan mengajak rakan serta ahli keluarga untuk menunjukkan semangat bersatu bersama. "Tanpa mengira agama mahu pun kepercayaan, saya harap semua wanita bersatu hati menyahut cabaran ini dan mengemaskini di media sosial beserta tanda pagar #Hijab30." Kempen ini bermula pada hari pertama Ramadan hingga hari terakhir umat Islam berpuasa yang dijangka jatuh pada 4 atau 5 Jun depan. Jadi, semua wanita diseluruh dunia diajak untuk menyokong agenda kedamaian ini. Difahamkan, sokongan Mizz Nina ini adalah sempena tahun keenam penghijrahannya bertudung. Siapa sangka dari seorang artis yang sering kelihatan seksi, namun Nina dilihat semakin istiqamah dalam perjalanannya mencari redha ilahi. Netizen turut dilihat memberi sokongan terhadap kempen ini dan bercerita mengenai pengalaman mereka bertudung. Bagaimanapun cadangan ini diterima baik oleh semua netizen. Ada juga yang menyatakan ia hanya mendikriminasi lagi wanita yang tidak bertudung, malahan dikaitkan pula dengan peristiwa Dato Alif Syukri merotan anak perempuannya gara-gara tidak bertudung. Sesungguhnya bukan senang untuk berbuat kebaikan. Namun, diharapkan segelintir bantahan ini tidak mematahkan semangat Mizz Nina dan orang lain untuk mengajak ke arah kebaikan. Semoga lebih ramai wanita tidak mengira bangsa dan agama menyahut cabaran #hijab30 ini. - CARI |
ADVERTISEMENT