CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Padah Guna Minyak Brek Motor Rawat Sakit Gigi, Tak Pasal-Pasal Pipi Berlubang

4-5-2019 10:15 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9846| Komen: 61|Original author: Oleh: intan

Pelik dan aneh. Guna minyak brek moto untuk rawat sakit gigi? Mungkin terpengaruh dengan nasihat orang ataupun sekadar ingin mencuba, lelaki ini terpaksa dibedah kerana jangkitan di mulut. Tak pasal-pasal!

Dengan kebenaran pesakit, seorang doktor telah berkongsi pengalaman beliau merawat seorang lelaki yang mengalami kesakitan di gigi pada awalnya.  

Setelah bertahun menderita sakit gigi, akibat tidak tertahan awal tahun ini beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Setelah diperiksa dan disoal siasat, lelaki ini mengakui telah mengambil jalan alternatif dengan menyapu minyak brek motor di gigi yang sakit.

Kali pertama lelaki itu letak minyak brek tersebut ternyata berkesan, namun kemudian sakit semula. Gigi geraham mula bengkak dan cuba lagi letak minyak brek namun tidak berkesan. Mungkin rasa seram nak jumpa doktor gigi, lelaki tersebut berjumpa dengan doktor perubatan dan hanya diberi ubat antibiotik dan tahan sakit.

Setelah seminggu, sakit masih belum hilang malah bertambah serius. Gigi dan mulut semakin membengkak dan hanya setelah 4 hari baru menyerah diri kepada doktor gigi. Keadaan bengkak melampau yang dipanggil sebagai 'facial cellulitis' itu semakin parah dan terpaksa dirujuk ke kecemasan. Dah tak pasal-pasal kena masuk wad!


Setelah dua hari di wad, doktor bertugas terpaksa melakukan prosedur cabut gigi,incision dan keluarkan nanah penuh dalam muka. Masuk hari ketiga, nanah sudah mula sampai ke sistem saraf dan otak. Keadaan yang makin parah tersebut telah memaksa lelaki berkenaan masuk ICU dan didiagnos dengan simptom 'septic encephalophaty'.


Boleh bawa kepada kematian! Jangan main-main dengan sakit gigi!

Lelaki tersebut akhirnya terpaksa dibedah untuk mengeluarkan begitu banyak nanah yang ada. Dilaporkan semakin pulih, akhirnya lelaki itu telah masuk ke wad biasa untuk pemantauan.

Kesedaran mengenai kesihatan gigi amatlah penting ketika ini tambahan dengan lambakan doktor gigi tidak bertauliah memasarkan produk 'teeth whitening', 'braces', gigi palsu dan sebagainya. Jika sakit gigi sila cepat cepat berjumpa doktor gigi yang sebetulnya, jangan cuba-cuba letak minyak motor pula ya! -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 4-5-2019 10:52 AM
Pakcik akal letak mana akal {:question
Tak pasal pasal
Quote moonbug 4-5-2019 10:53 AM
Ngeri. Kejadian kat mana ni?
Quote mamarock 4-5-2019 10:57 AM
Jenis penakut nak gi sepital ke ni? Kesiannya
Quote lee_sakura 4-5-2019 11:01 AM
punya la xnak pegi jumpa doktor sampai sanggup gadai nyawa sendiri, nasib baik hidup...sape la yg bodoh sgt pi bg petua mcm tu
Quote ayyyyangg 4-5-2019 11:01 AM
Asalnya sakit gigi. Dah jadi serius. Alahai.
Quote ArnabAtasBulan 4-5-2019 11:02 AM
Mak aih...ngilu dan rase seram sejuk tengok gamba ni. T.T semoga pakcik cepat sembuh ye.
Quote kucingitam 4-5-2019 11:05 AM
aku agak dia tanya kat fb, cemana nak ubat sakit gigi, dan org bagi macam2 petua termasuk guna minyak brek motor..
Quote misc 4-5-2019 11:10 AM
Oi ngeri
Harap dpt repair pipi lubang tu.
Quote tobby 4-5-2019 11:12 AM
Patut la ramai undi ph bila dgr temberang.....mcm ni la contohnye
Quote Mary_jane 4-5-2019 11:16 AM
Sakit gigi lah sakit termaha sakit atas dunia ni. Kesakitan mengatasi akal waras pokcik kot masa tu. Tu tenyeh minyak motor.
Quote ninja boy 4-5-2019 11:22 AM
Kata pergi sekolah knp tak pandai berfikir
Quote Ratutulip 4-5-2019 11:26 AM
mana lh dia dgr pasal letak minyak brek motor tu adudududu kan dh berlubang pipi tk memasal
Quote Pink_Purple 4-5-2019 11:38 AM
haha bodohnya..
Quote SherryZass 4-5-2019 11:54 AM
Sakit gigi antara paling sakit diantara sakit2 lain, mungkin tu sebab pakcik tak leh fikir panjang dah, asalkan sakit hilang Last2 jumpa doktor gigi jugak. Alahai
Quote reddots 4-5-2019 12:12 PM
maaf x leh nak hadam benda macam ni.. nak  kata lawak, tp kesian tgk.. tp apa yg dpt aku katakan,
apakah mereka percaya,  teori pakai minyak break ni, boleh break akar gigi tu dari sakit berdenyut kot
Quote sue_liah 4-5-2019 12:28 PM
ala kesianya..ngeri betul tgk gambar tu

ni mesti kes takut nak g klinik la ni

dr sakit yg sikit jd teruk mcm ni..nasib tk ilang nyawa
Quote miznora 4-5-2019 12:37 PM
adoii ngerinya
Quote setori_mori 4-5-2019 12:41 PM
Pasni terus trauma pakcik ni. Dari cabut gigi kena terus gitu. Aku pon trauma {:yameteh
Quote buapakperut 4-5-2019 01:17 PM
ngerinyaa ....apesal ko ni....

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.196730 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top