Siapa tidak kenal artis BBNU ini, Ismail Izzani ataupun lebih dikenali sebagai Mael di kalangan peminat. Pernah terpalit kontroversi video lucah, Mael mengambil langkah tidak memperbesarkan mengenai perkara itu dan terus menyinar di pentas nyanyian.
Menurut Media Hiburan, Mael menyatakan ingin melangkah ke alam perkahwinan sebelum umurnya mencecah 25 tahun. Mael yang kini sedang berpacaran dengan seorang penyanyi, Shalma Eliana berseloroh apabila diajukan soalan mengenai rancangan untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. "Saya ingin berkahwin dalam lingkungan umur 24,25 tahun tetapi kalau tanggung lama-lama pun tak elok, kalau boleh bulan depan nak kahwin dah.." ujarnya lagi.
Mengulas mengenai hubungannya dengan Shalma, Mael berkata beliau telah mengenali pasangannya sejak sekolah lagi. "Tambahan pula mama pun dah restu, dia (Shalma) pun baik dan mama pun selesa dengan dia." kata Mael. Ismail Izzani yang terkenal dengan lagu 'Luar Biasa' telah berjaya mendapat tempat di kalangan peminat industri hiburan Malaysia. Peminat Mael jangan patah hati ya. Apa-apapun semoga maju jaya buat Mael! -CARI |
setori_mori: Gf dulu lagi cun
MarryPottet replied at 4-5-2019 12:30 PM
Pi habiskan study dulu pastu baru boleh pinang anak orang.
P/s: Muka mak mael dlm gambo atas tu ...
setori_mori replied at 4-5-2019 04:46 AM
Gf dulu lagi cun
ADVERTISEMENT