CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Untunglah 19 Kali Kahwin.." Dahsyat Sungguh Pakcik Ini Miliki 46 Anak, 200 Cucu..

2-5-2019 05:27 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3991| Komen: 17|Original author: Oleh: intan

Mempunyai rekod telah bernikah sebanyak 19 kali, 46 anak dan 200 cucu, seorang guru silat berasal dari Kelantan ini berkata rahsia beliau berkahwin banyak adalah kerana personaliti beliau yang tegas tetapi penyayang. 

Sikap yang dimiliki oleh Che Soh Che Ahmad, 72 ataupun yang lebih dikenali sebagai Che Soh ini telah membuatkan isteri-isteri beliau dan juga bekas isteri berbaik antara satu sama lain dan anak-anak mudah mesra antara satu sama lain.


Sumber foto : BH Online

Kali terakhir Che Soh bernikah ketika umurnya berusia 55 tahun dengan pasangan beliau yang berumur 16 tahun. Namun, mereka berdua telah bercerai 2 minggu kemudian kerana tiada jodoh.

Mengakui ke empat-empat isterinya sebelum ini telah hidup sebumbung tanpa sebarang masalah selama 10 tahun, namun setelah kematian salah seorang daripadanya, Che Soh telah membina rumah untuk ketiga-tiga isterinya lebih 30 tahun yang lalu. Ketiga isteri beliau, Mariam Kadir 60, Hasnah Che Omar 58, dan Zawahir Mat 59, sehingga kini hidup harmoni antara satu sama lain.


Tidak membezakan kasih sayang dan bersikap adil

Che Soh memberitahu antara rahsia utama keluarga besar mereka tidak berpecah belah malah saling berbaik sama sendiri adalah sentiasa bersikap adil dalam membuat giliran, penyayang, bekeng (garang), barulah isteri mendengar kata. Kesemua isteri,anak dan cucu sangat akrab dan jarang berbalah sesama sendiri, dan jika ada masalah,kami akan berkumpul untuk berbincang dan menyelesaikan permasalahan tersebut."


Namun begitu, Che Soh sama sekali tidak menggalakkan anak-anak beliau mengikuti jejak langkahnya beristeri banyak. Namun begitu, ada juga anak beliau yang berkahwin lebih dari seorang, ujarnya lagi. Menurut isterinya pula, Mariam, beliau tidak kisah suaminya bernikah lain kerana ternyata Che Soh mampu dan bersikap adil. Beliau dan Che Soh bernikah ketika umur Mariam baru berusia 16 tahun dan antara sebab utama beliau terpikat dengan suaminya adalah kerana sikap penyayang yang ditonjolkan walaupun pada ketika itu Che Soh mempunyai isteri. Malah, hubungannya dengan madu-madu yang lain juga sangat rapat kerana pernah tinggal sebumbung selama 10 tahun.

Alhamdullilah jika Che Soh mampu dan adil. Diharap bekas-bekas isterinya yang lain dibayar nafkah sepatutnya. Isu ini sangatlah sensitif terutama kepada netizen bergelar wanita. Jangan main-main ok! Apa pula kata anda? - CARI 

Sumber : BH online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ArnabAtasBulan 2-5-2019 05:47 PM
Kalau diorang bahagia, bagus lah. Bukan semua orang ada konsep bahagia yang sama. Ada yang boleh berkongsi, ade yang tak boleh. Ada yang selalu nak berkepit, ade yang cepat rimas.
Tapi ape agaknye keje atok ni ye? Boleh dia tampung bini2 dengan anak2 yang ramai tu. Saya tengok orang ade 1 bini je pon ada macam2 masalah, ape lagi lebih.
Kalau nak bini ramai cari la bini yang memang open minded pasal poligami, jangan cari yang memang taknak poligami. Kalau da tahu awal2 dia tak suka poligami, jangan kawen dengan dia. Biar dia cari laki yang same cam dia yang taknak poligami. So win-win.
Quote Radiostar 2-5-2019 06:13 PM
hai atok... hobi zaman muda menyemai benih sana sini yer...
Quote Victorioussss 2-5-2019 07:14 PM
Penyayang konon

Tp cerai berkali2
Quote miss_perfect 2-5-2019 11:19 PM
pedophile la dia ni... bini semua jenis bawah umur... jijik...
Quote Iris. 2-5-2019 11:42 PM
Aiyoo u kawin cerai kawin cerai is not ok at all
Quote gideoncross 3-5-2019 12:39 AM
What the actual fuck? Tringat lak kisah mcm ni tpi brlaku kt Nepal/Kathmandu nun jauh d sna. Khwin bnyk kali smpai bore lots of kids & skrg stu family (bliau, isteri2, anak2 & mnantu2 tinggal dlm stu rumah). Nak mkn apa2, smua ada tanam kt blakang rumah.
Quote gigimukelabu 3-5-2019 12:53 AM
Punya ramai bekas bini dengan anak2 cucu2. Diorang ni kenal sesama sendiri ke tak ni. In the future kan kemain bercinta pastu bila nak kahwin eh rupanya saudara sendiri. Mintak simpang ye atok. Udah2 ler semai benih tu.
Quote superficialmiss 3-5-2019 01:01 AM
Daebakkk... tapi sungguh euww at same time. Tapi siapalah kita untuk menidakkan jodoh dari yang maha Esa   sila cari hobi baru ya atuk
Quote dakewa 3-5-2019 01:23 AM
Dah macam ade sorang pakcik kat kampong aku. Org panggil dia saad playboy. Keje dia asyik kahwin cerai. Dah bosan dgn bini, diceraikin nye bini2 dia tu. Brape kali dah bini2 eh dtg mintak tlg kt mak aku sbb si saad playboy ni halau diorg.
Quote hasniey 3-5-2019 02:42 AM
Atok keje ape agaknye.mesti mewah siap ada buatkn rumah sorg satu.
Taste pon maintain smpai ke tua bini umo 16
Quote niena90 3-5-2019 09:34 AM
Ape tips pakcik kawin ramai ni? Saya ni kawin sekali pun x pernah lgsg
Quote Sonneblume 5-5-2019 04:29 AM
kawin cerai sampai 19 kali penyayang ke?anak 46 orang lak tu harap semua jadi orang, elok makan pakai minum semua.jgn tahu menyemai benih je.
Quote rudd 28-5-2019 06:53 AM
Kahwin bukan game lah
Quote Pink_Purple 30-5-2019 05:01 PM
cucu sendiri pun tah2 dia xkenal semua..

Quote azeri 3-6-2019 02:17 AM
Suratan takdir.
Dah itu kisah hidupnya.
Banyak juga modal atuk ni dah modalkan sampai boleh kawin 19 kali.
Semoga bahagia.
Quote buapakperut 31-7-2019 03:03 PM
dakewa: Dah macam ade sorang pakcik kat kampong aku. Org panggil dia saad playboy. Keje dia asyik kahwin cerai. Dah bosan dgn bini, diceraikin nye bini2 dia t ...

agaknya sekali dua dah cerai terus jadi tabiat, sikit2 kahwin sikit2 cerai.
Quote buapakperut 31-7-2019 03:04 PM
anak ramai bini ramai maksudnya penyayang?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.092708 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top