CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Majalah Sport Illustrated Dipuji Tampil Model Berhijab Buat Kali Pertama

4-5-2019 10:00 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4507| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Model keturunan Somalia daripada Amerika Syarikat (AS), Halima Aden antara wanita Muslim yang memecahkan banyak tembok dalam kerjayanya sebagai model terutama sekali dalam mengekalkan pakaiannya yang menutup seluruh tubuh dan berhijab.


Kredit foto: Sport Illustrated
Halima memecah satu lagi rekod selepas terpilih sebagai model berhijab pertama menghiasi majalah sukan Sport Illustrated keluaran terkini. 

Biasanya untuk Edisi Renang, majalah ini akan menampilkan wanita seksi dengan bikini dan mendedahkan badan.



Kredit foto: Sport Illustrated
Bagaimanapun, untuk Edisi Renang tahun ini, Halima muncul dengan pakaian yang melambangkan dirinya sebagai seorang wanita Muslim. 

Sebelum ini, Halima Aden pernah menjadi berita panas selepas menyertai pertandingan ratu Miss Minnesota USA dan menjadi pilihan Kanye West untuk memperagakan fesyen rekaannya. 

Kini dengan menjadi model majalah terkemuka itu, Halima sekali lagi menjadi sebutan pelbagai pihak.


Kredit foto: Sport Illustrated

"Kami di SI Swimsuit mencintai semua jenis kecantikan," kata MJ Dat, editor majalah itu. 

"Kami mengagumi Halima dan menjadikannya inspirasi kerana menggunakan popularitinya sebagai duta kemanusiaan bagi Unicef," kata beliau lagi.

Pemilihan Halima sebagai model Sport Illustrated dengan pakaian renang berhijab mendapat reaksi yang positif daripada warga Muslim Amerika.


Kredit foto: Twitter
Walaupun ada sesetengah pihak menyelar aksi beliau yang dikatakan tidak menunjukkan imej Muslim sebenar, ramai yang memuji pemilihan itu kerana memberi imej yang positif kepada warga Muslim Amerika yang sederhana. 

Malahan ada yang mencadangkan anak patung Barbie model Halima perlu dikomersilkan.

Kredit foto: Twitter
Yang pasti pemilihan Halima diharap akan membuka pintu kepada ramai lagi golongan minoriti untuk berjaya dalam bidang yang dimonopoli oleh kulit putih. Tahniah Halima! -CARI
3

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilacomot 4-5-2019 12:13 PM
Halima ni pkai turban toncit tu cntik lak sesuai ngn muke die
Quote azwanaliori 4-5-2019 12:31 PM
So xpe ke lelaki inzal stim tgok model muslimah pose kuak lentang atas air cmni? Haha  janji berhijubs kuen
Quote tipuware 4-5-2019 02:33 PM
Tp posing dia ttba mengghairahkan
Quote solarlunar 4-5-2019 03:50 PM
tipuware replied at 4-5-2019 02:33 PM
Tp posing dia ttba mengghairahkan

That's the problem. Depa ingt aurat tu just pakai tudung
Quote batmana 4-5-2019 04:50 PM
salah konsep ni

pasni apa pula, berbikini ala muslimah?
pakaian bikini patuh syariah, tapi pose cam haram..
Quote MarryPottet 4-5-2019 05:35 PM
Semoga kita semua & seluruh keturunan kita tidak tertipu dengan amalan yg dilakukan serta menjadi fitnah kepada agama Islam
Quote whadda 5-5-2019 12:39 AM
Aku pompuan yg tengok pon nampak seksi
Quote fazamania 5-5-2019 12:55 AM
BAYANGKAN jika ini hajah neelofak.
Hukumnya wajib dicerca.
Quote lee_sakura 5-5-2019 10:12 AM
fazamania replied at 5-5-2019 12:55 AM
BAYANGKAN jika ini hajah neelofak.
Hukumnya wajib dicerca.

opkos la dicerca, dulu masa lopa start pakai turban pon dicerca jgk tp skrg ditrima ramai plak
Quote eyansss 5-5-2019 10:42 AM
ini bukan hijab...  ni fesyen turban...
Quote amukgemuk 5-5-2019 10:57 AM
contoh lain pemahaman bab macam ni bg org disana ialah...
Kalau kita nak makan direstoran non halal pun tak apa.
Tak payah la order babi.
order la ayam.
Tak payah la order beer.
order la oren.
Quote bakingsoda 5-5-2019 11:27 AM
konsep asal bungkus kepala ni lagi bahaya ok seolah2 nak bagitau wanita muslim juga boleh berposing ghairah yg penting berhijab, baju ketat sendat senteng takpe asal tudung pakai, mekap berkati tabarruj takpe asal kepala tak togel
Quote Artemesiaa 5-5-2019 11:55 AM
Tak perlulah claim cara muslimah kalau sebegini stylenya
Quote RatuDunia94 8-5-2019 01:48 PM
Sport Illustrated syariah compliance ke? Hahahah
Quote iznanaziz 9-5-2019 08:57 AM
lilacomot replied at 4-5-2019 12:13 PM
Halima ni pkai turban toncit tu cntik lak sesuai ngn muke die

cantik kan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.116015 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top