Akhirnya, setelah setahun, Michael Ang akhirnya mengaku telah memeluk Islam. Pengarah dan penerbit itu telah membuat pengakuan di laman instagram beliau, hari ini.
Menurutnya, dia akhirnya berterus terang kerana tidak mahu masyarakat menyalah anggap kehadirannya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ini berikutan kehadirannya ke rumah ibadah tersebut menjadi perbualan dan teka teki netizen mengenai status agamanya.
Mengakui sudah setahun memeluk Islam, Michael Ang secara jujur memberitahu masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam agama Islam untuk menjadi muslim sejati. Sebelum ini, Michael Ang tidak mahu memperbesar-besarkan perkara ini dan ingin menjadi rahsia antara dia dengan Allah S.W.T.
Pengarah filem Kimchi untuk Awak ini juga memohon orang ramai untuk mendoakan penghijrahan beliau ini dan mendoakan yang terbaik untuknya. Michael Ang atau nama penuhnya, Michael Ang Hai Swee juga mengakui telah belajar puasa sejak Ramadan tahun lalu. Melihat kepada penghijrahan ini, ramai rakan-rakan artis mengucapkan tahniah dan memanjatkan rasa syukur atas penghijrahan beliau, antaranya Fattah Amin, Fazura dan Aeril Zafril yang boleh di lihat di ruangan komen instagram beliau. Alhamdullilah dan tahniah kami ucapkan. Semoga penghijrahan Michael Ang diberkati oleh Allah S.W.T. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|