Pasangan romantis Noh Salleh dan Mizz Nina antara suami isteri yang banyak berdakwah serta membuat amal kebajikan di dalam dan luar negara. Biarpun dari luaran mereka tampak pasangan bahagia, namun rumah tangga mereka yang dibina sejak 2011 ini tetap sunyi tanpa kehadiran cahayamata. Noh, vokalis band Hujan membongkar rahsia bahawa mereka sebenarnya pernah dan sedang membuat IVF (invitro fertilization) atau bayi tabung uji. Noh menjelaskan yang dia melihat sendiri isterinya menahan kesakitan ketika prosedur IVF seperti mengambil telur hingga menjejaskan emosinya. "Rupanya enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. All out weh. Sampai sekarang aku kesian."
Pengakuan ikhlas Noh ini membuatkan ramai netizen terpaku kerana tidak mengetahui kesukaran yang dialami oleh Nina semata-mata untuk mendapatkan anak. Menurut Noh lagi, prosedur tersebut membuatkan Nina terpaksa menahan kesakitan dan perkataan yang disebut cumalah... "This for Allah. I want to have baby. This is sunnah to have a child." Malahan Noh turut menjelaskan yang mungkin mereka belum dikurniakan anak kerana Allah merasakan mereka belum bersedia seperti yang diceritakan kepada Zayan. Netizen turut terkesima dengan kisah inspirasi ini lalu menyokong supaya Noh dan Mizz Nina sentiasa berdoa mendapatkan cahaya mata mereka satu hari nanti. Ujian setiap orang memang berbeza-beza. Semoga Noh dan Nina akan dikurniakan cahayamata soleh apabila tiba masanya. - CARI |
menjad replied at 30-4-2019 12:26 PM
Salute... Mcm aku nih dah redho dah xder anak sendiri... Cukuplah anak tiri yg ada nih... Tu pun c ...
helicornia replied at 30-4-2019 04:48 AM
tak tau pulak proses ivf tu sakit
ADVERTISEMENT