Penyanyi Mark Adam yang kini aktif dalam bidang persembahan komedi dan juga nyanyian nampaknya semakin popular dan meningkat naik. Mark yang berasal daripada Filipina telah pun berkahwin dengan Norazah Redzuan ataupun dikenali sebagai Ezan setelah 10 tahun berhijrah ke Malaysia.
Perbezaan budaya dan agama tidak menghalang Mark dan isteri untuk menyantuni keluarga masing-masing secara muhibah. Ibu kepada Mark merangkap mertua Ezan, Florenda Macaraig Echivarre, 61 kini masih menetap di Filipina bersama ahli keluarga yang lainnya.
Namun begitu, walaupun jarang bertemu, Ezan dan ibu mertuanya sangat akrab ditambah dengan kejayaan Mark mencari rezeki di Malaysia menambahkan kemesraan antara mereka. "Mula-mula agak kekok untuk berkomunikasi.." Ezan mengakui pada awal tempoh perkahwinan agak sukar baginya untuk berkomunikasi dengan keluarga Mark kerana masalah komunikasi. Namun Ezan beruntung kerana mampu bertutur dalam bahasa Filipina walaupun sedikit lantas membuatkan hubungan mereka bertambah mesra. Berkongsi pengalaman bersama keluarga Mark Adam, Ezan berasa bertuah kerana layanan ibu mertuanya sangat baik. "Saya dimanjakan seperti anak sendiri, kadang-kadang baju saya ibu yang basuh tanpa saya minta, semuanya dia buat sendiri", ujar beliau. Ezan juga berkongsi menu masakan yang dinanti apabila pulang ke rumah mertuanya di Filipina. Udang masak bawang putih,chicken adubo ataupun di Malaysia dikenali sebagai ayam masak kicap dan pelbagai lagi. "Niat nak bantu keluarga Mark Adam.." Ketika ditemui oleh majalah NONA, Ezan menceritakan saat-saat awal perkahwinan beliau ketika kali pertama menjejak kaki ke rumah keluarga mertua beliau di Filipina. Kehidupan ibu mertuanya sangat daif, ditambah dengan adik beradik Mark yang ramai dan keadaan rumahnya yang sempit. Lantas Ezan berazam untuk mengubah nasib mertuanya dan kesungguhan Mark untuk berjaya juga membuatkan pasangan ini lebih bersemangat untuk meningkatkan taraf hidup. "Makan nasi berlaukkan ikan masin, saya insaf.." Ujarnya lagi, keluarga mertua sering makan nasi berlaukkan ikan masin dan tidur beralaskan tilam nipis. Tidak pernah tidur atas katil empuk. Ianya membuatkan saya sebak dan insaf. Mark dan isteri berusaha mencari rumah sewa dan membeli segala keperluan seperti katil, sofa dan pelbagai barang asas untuk keluarga mertuanya. Senang hati kami lihat mereka gembira, malah tidak merungut. Ezan juga yang merupakan pengurus kepada Mark Adam juga berjaya menaikkan nama beliau sebaris dengan artis-artis lain. Sikap Mark yang merendah diri membuatkan beliau semakin diterima oleh rakyat Malaysia. Mark juga mengakui beliau ingin bekerja keras dan mengubah nasib keluarga seperti mana hasrat bapanya sebelum meninggal dunia. -CARI |
Aunty_Acid replied at 29-4-2019 12:54 PM
urg msia terutama merlayu yg suka terima pinoy, myanmar, bangla, indon dan yg sewaktu dengannya.
RatuDunia94 replied at 29-4-2019 04:50 AM
Pinoy mmg ramai hidup susah..
Tp kalau bab2 ratu cantik.. x kisah lah kebuluran ke hape.. beauty p ...
ADVERTISEMENT