Sebelas orang individu 'kantoi' cuba merakamkan filem ‘Avengers : Endgame’ pada hari pertama ianya ditayangkan di pawagam di Johor. Harian Metro melaporkan ia hasil pemeriksaan di pawagam terpilih di negeri itu dan kesemuanya telah diberikan amaran.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, “KPDNHEP Johor melaksanakan pemeriksaan di panggung wayang terpilih di Johor Bahru ketima tayangan filem Avengers Endgame pada 24 April 2019. “Pemeriksaan ini dibuat bagi mencegah cubaan merakam di dalam panggung wayang." Di twitter ada yang mendakwa seorang wanita ditangkap oleh KPDNHEP di pusat beli belah di Bukit Indah.
Dia didakwa sedang merakam filem Avengers: Endgame menggunakan telefon bimbit. -CARI
|
helicornia replied at 26-4-2019 07:01 PM
kenapa beri amaran je? kenapa tk dakwa?
lee_sakura replied at 27-4-2019 11:02 AM
Goog job kdnhep, kwn aku salah seorg anggota yg menyamar jd penonton gak utk cek cinema ada org raka ...
ADVERTISEMENT