CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tahniah Buat Ibu Bapa Yang Memuliakan Cikgu" - PIBG Cuci Lebih 30 Buah Kereta Guru Dipuji

17-5-2019 04:30 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 2358| Komen: 10

Tanpa jasa seorang pendidik memang mustahil untuk kita menjadi insan yang berjaya apabila dewasa. Guru umpama pendidik yang menggantikan peranan ibu bapa di rumah. Tugas seorang cikgu bukanlah suatu perkara yang mudah, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu mereka pikul demi mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti.


FOTO FACEBOOK

Sempena Hari Guru, PIBG SK Jelor, Pasir Puteh, Kelantan telah bersepakat untuk membasuh 30 buah kenderaan guru sebagai tanda penghargaan keatas jasa yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmat di sekolah tersebut.


FOTO FB


Aktiviti ini telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh seorang pengguna yang bernama Mohd Rosdi. Ramai pihak yang turun padang untuk menjayakan aktiviti ini dan pelbagai gelagat yang boleh kita nampak melalui video yang telah dimuat naik.

FOTO FACEBOOK

Aktiviti tersebut turut dikongsikan ke portal Berita Harian dan mendapat pelbagai komen positif daripada netizen.


FOTO FACEBOOK


Namun ada juga guru yang tidak bersetuju dengan tindakan ini, apa yang mereka mahu adalah cukup pihak ibu bapa dan pelajar memberikan kerjasama dalam setiap pembangunan sahsiah dan akademik pelajar.

FOTO FACEBOOK

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitikam 17-5-2019 04:33 PM
cikgu yg amanah mengajar dalam kelas memang dimuliakan

cikgu2 yang tak amanah main forum dalam kelas cam si babichazey madura dah merdeka tu, wajib dimaki

Quote Rainrein 17-5-2019 05:13 PM
sitikam replied at 17-5-2019 08:33 AM
cikgu yg amanah mengajar dalam kelas memang dimuliakan

cikgu2 yang tak amanah main forum dalam ke ...

Takde benda baik nak tulis, baikla dok diam diam je. Sehari x mengata orang x sah eh. Tarik nafas, istighfar banyak banyak. InsyaAllah rasa tenang.
Quote tom2 17-5-2019 05:16 PM
sitikam: cikgu yg amanah mengajar dalam kelas memang dimuliakancikgu2 yang tak amanah main forum dalam kelas cam si babichazey madura dah merdeka tu, wajib dim ...

ko ni puasa ke tak? bahasa tak habis2 menghina mencaci mengeji. ingatkan bulan puasa ni stop la kejap. rupanya ..
Quote sitidur 17-5-2019 05:19 PM
tom2 replied at 17-5-2019 05:16 PM
ko ni puasa ke tak? bahasa tak habis2 menghina mencaci mengeji. ingatkan bulan puasa ni stop la k ...

kau ni kaktomBN yg popular tu ke??

dah shopping raya belum kaktom??


Quote matamata 17-5-2019 05:57 PM
Zmn dulu2 pun byk jugak golongan makpak yg buat camni cuma internet tak senang mcm.zmn sekrg, buat kenduri kat sekolah raikan cikgu misalnya, team tukang masak kariah gotong royong buat kenduri raikan cikgu, menu mcm kenduri kawin tu
Quote Jorja 18-5-2019 07:02 AM
Selamat Hari guru..
Quote DARSITA 18-5-2019 07:55 AM
orang Kelantan kalau nak cari sekolah utk anak elok lah hantar ke sekolah ini.

PIBG very strong. prihatin .. maka cikgu cikgu rasa dihargai lalu akan mengajari anak anak kalian dgn lebih bersemangat.
Quote CiliPadiSedap 18-5-2019 11:03 PM
Why not kutip derma dan bawa kedai carwash bangla? Lagi praktikal.bila dh nak siap tu halau bangla selfie lah.

Quote Lagubestbest 19-5-2019 03:31 AM
main belasah je cuci, habes calar kete cikgu tu.
Quote Mrmnj 19-5-2019 08:51 PM
Selamat hari guru

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050185 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top