Fathia Latiff beberapa hari yang lalu mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambar dirinya tidak bertudung di akaun Instagram. Semalam, menjawab segala teka-teki Fathia akhirnya membuka mulut mengatakan yang dia akan kembali dengan imej tidak bertudung kerana tidak tahan berpura-pura menjadi 'orang lain'.
Menerusi laporan Media Hiburan, Fathia mengakui yang itu (berambut pendek dan tidak mengenakan hijab) adalah penampilan dia yang terkini dan akan kekal dengan konsep sebegitu. "Sekarang saya boleh jadi diri sendiri," kata Fathia yang mengakui dia lebih selesa tidak bertudung.
“Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum. “Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya," katanya memetik laporan Harian Metro. Dalam pada itu, rakan artis Didie Alias turut berkongsi video pengakuan Fathia tersebut dan meletakkan kapsyen seolah-olah memahami perasaan Fathia tersebut. "Ujian dan dugaan Allah," tulis Didie di akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa sedih mereka dengan keputusan Fathia untuk tidak lagi berhijab. Apa pun, semoga dibukakan pintu hati Fathia untuk kembali bertudung selepas ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|