CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Angkara Kos Tinggi, Penggambaran 'Ketuk-Ketuk Ramadhan' Kini Tiba Ke Penghujung

24-4-2019 04:07 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12357| Komen: 66

Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan memang sinonim apabila tibanya bulan ramadhan. Rancangan memasak bersama selebriti yang dihoskan oleh aktres Sheila Rusly itu dikatakan menghampiri penghujung kerana tidak akan disiarkan lagi untuk Ramadhan yang akan datang. Ini bermakna, tahun 2019 merupakan musim terakhir rancangan ini ke udara. Sedihnya!



Nampaknya tiada lagi celoteh sis kita dengan artis artis jemputan memasak untuk bulan ramadhan ini. Yang menjadikan rancangan unik sudah pasti keletah dan sesi usik mengusik antara artis jemputan dan pengacara. Namun, ketika diwawancara oleh mStar online, penyebab rancangan ini diberhentikan adalah disebabkan oleh kekangan kewangan yang tinggi untuk menerbitkan produksi ini ke udara.


"Sudah lebih 15 tahun ke udara, sudah pasti kami berasa amat sedih.."

Menurut pemilik syarikat produksi JS Picture yang juga suami kepada Sheila Rusly, Jinggo, keputusan itu diambil sebulat suara setelah perbincangan bersama isterinya. Mengakui rancangan tersebut dikenali kerana terlalu dekat dengan penonton, mereka merasakan waktu sekarang adalah masa paling sesuai untuk mengundur diri. Seluruh krew produksi turut berasa sedih malah Sheila sendiri turut menangis ketika sesi penggambaran terakhir mereka, ujarnya kepada wartawan.



"Kos penerbitan tinggi, tiada salah sesiapa"

Menurut Jinggo, untuk tahun ini sahaja kos penggambaran mencecah hampir RM300,000, di samping berusaha mencari tajaan dan memerah otak mencari resipi baru, rasanya sudah tiba masa untuk mengakhiri rancangan ini. Tidak menyalahkan sesiapa, cuma disebabkan oleh kos menjadi punca utama ia tidak diteruskan. 



Sebelum melabuhkan tirainya, Ketuk-Ketuk Ramadhan 2019 bakal ke udara sepanjang bulan Ramadhan di saluran TV1 setiap jam 12.30 tengah hari. Antara artis yang akan memeriahkan musim kali ini adalah seperti Bella Astillah, Khai Bahar, Emma Maembong dan ramai lagi.

Apa-apapun, selamat maju jaya buat JS Picture! - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 24-4-2019 04:08 PM
Ok lah. Semua benda akan ada pengakhiran.
Quote laksmanabentan 24-4-2019 04:13 PM
kalau program bagus..
rating pun bagus..
sponsor pun masuk...
kan boleh demand sikit up payment tuh...
tak gitu ker?
Quote tagas 24-4-2019 04:15 PM
Propa
Quote RatuDunia94 24-4-2019 04:17 PM
Masalahhya program sheols xde perubahan.. duk sama mcm tu jah x dr musim pertama.. cer buat pembaharuan sikit.. ini tidak.. masak 10%.. gosip2 90% pastu acah2 terlupa tengah puasa.. walhal org tau shooting bukan bulan puasa..
Then artis jemputan pon alahai balik2 muka yg sama..
Quote Perk77 24-4-2019 04:23 PM
Aku tak pernah tgk rancangan ni...bingit pengacara annoying sgt..bagus DH hbs...Aku rela tgk rancangan chef wan masak walau pun dia byk menceceh
Quote umbut 24-4-2019 04:25 PM
RatuDunia94 replied at 24-4-2019 04:17 PM
Masalahhya program sheols xde perubahan.. duk sama mcm tu jah x dr musim pertama.. cer buat pembahar ...

Opkos nak gossip.. gossip gossip sambil menyakat yg org nak tgk
Quote umbut 24-4-2019 04:26 PM
Perk77 replied at 24-4-2019 04:23 PM
Aku tak pernah tgk rancangan ni...bingit pengacara annoying sgt..bagus DH hbs...Aku rela tgk rancang ...

Amboii.. tak sportingnya ko..
Quote palmolive 24-4-2019 04:32 PM
drama Gerak Khas ok jek lama bersiaran...
Quote myakayina 24-4-2019 04:33 PM
tagline,  ketuk2 ramadhonnnn...Alhamdulillah... tetap akan diingati sis..
Quote mohdcrow 24-4-2019 04:36 PM
walaupun gua tak pandai masak, gua perasan rancangan ni tak banyak info/ilmu pasal masakan...resipi cuma sekadar baca dari buku resipi dan masak je...

banyak sembang pasal retis je

pastu claim rancangan masakan no 1

bukan ke nak tentukan no 1 ,2 atau 3 kena ada pertandingan, undian etc

takkan main petik jer no 1
Quote pavlovachoc 24-4-2019 04:38 PM
dh 15 thn bersiaran ..???  knp boleh kira ngn jari meols tgk
Quote xtahumenahu 24-4-2019 04:45 PM
Rancangan sis tayang body dan tunjuk kehebatan menari dah berakhir?
Quote Kurex 24-4-2019 04:55 PM
Baguslah dah berakhir...
Aku tengok sebab nak resepi, tapi hareyyyy banyak menceceh dari memasak.
Quote friedfishsoup 24-4-2019 04:58 PM
pavlovachoc replied at 24-4-2019 04:38 PM
dh 15 thn bersiaran ..???  knp boleh kira ngn jari meols tgk

Ye la rancangan tu tengahari kan bila org tgh kerja.
Even balik kerja, nak tgk kat YouTube pun tak sempat sebab rushing nak siap utk berbuka. Then malam tarawih.
Saturday Sunday je kot boleh. Tu pun banyak termissed jugak sebab sibuk kemas rumah bla bla ..sudahnya malas nk tgk

Quote Nana_Man 24-4-2019 05:29 PM
Kali ni si emma kembong ada lg? Dulu masak pakai tudung. Ni versi tak pakai tudung..
Quote cmf_premierleag 24-4-2019 05:47 PM
Alhamdulillah
tgk muka cyst ni pun terus takde selera nak makan
Quote SANKURIANG 24-4-2019 05:55 PM
Rancangan disiarkan pada bulan Ramadhan.....recording before ramadhan...tapi rancangan ni ibarat rancangan Melodi di bulan puasa.....sis tu kuat mengorek cerita artis jemputan....konon nak bagi sensasi la......masaknya tak seberapa.....gossip nya lebihhhh...patutla ditamatkan...udah2 le ye....
Quote iloveselangor 24-4-2019 06:08 PM
Orang Selangor yang panggil Ketua Kampung sebagai Tok Sidang
Quote royaldanish 24-4-2019 06:46 PM
Boring... bella tu artis ke??

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043509 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top