CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Jadi Selebriti Malaysia Pertama Bakal Pegang Jawatan Perdana Menteri?

25-4-2019 12:04 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 15714| Komen: 97|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Siti Nurhaliza dan Neelofa. Kredit foto: Nobleman Creation's

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bukan sahaja mempunyai peluang besar untuk menang jika bertanding dalam pilihan raya malah berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri pertama daripada golongan selebriti.

Andaian itu dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nobleman Creation's Digital Marketing, Na'im Brundage bagi mengenal pasti lima selebriti tempatan yang akan menang jika bertanding dalam pilihan raya.

Kajian tersebut melibatkan seramai 300 selebriti tempatan dan potensi mereka untuk menang diukur melalui jumlah carian nama mereka di Google setiap bulan.


Siti Nurhaliza mendahului senarai dengan mencatatkan lebih 90,000 carian diikuti oleh Neelofa (70,000 carian), Yuna (60,000 carian), Aiman Tino (40,000 carian) dan Fattah Amin (30,000 carian).

Idea untuk melakukan kajian itu timbul berikutan kemenangan pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam  pilihan raya presiden di negara berkenaan baru-baru ini.

Volodymyr Zelensky. Kredit foto: Newsweek
Kajian sama turut mendapati jumlah carian Google untuk ahli-ahli politik Malaysia bertaraf Ahli Parlimen tidak jauh berbeza dengan jumlah yang dicatatkan bagi selebriti tempatan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga teratas dengan lebih 110,000 carian, mendahului Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencatatkan lebih 90,000 carian.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di tempat ketiga (90,000 carian) diikuti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (60,000 carian) dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (33,000 carian).

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin. Kredit foto: Nobleman Creation's
Mungkin carian Google sahaja tidak memadai untuk mengukur potensi golongan selebriti untuk menang dalam pilihan raya kerana dunia hiburan dan dunia politik mempunyai cabaran yang sangat berbeza. -CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • haliamerah

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 25-4-2019 12:07 PM
suh belaja bahasa english dulu hehehe..lopak sila masuk kelas ethic tangani cara gelak hahahaha..tp iols rasa jgn la diangkat selebritui jadik pemimpin hancusssss hahahah
Quote mamacute1 25-4-2019 12:08 PM
habisla semua projek bagi kat anak tiri.. masyukk
Quote SherryZass 25-4-2019 12:11 PM
Jumlah carian di google kadang bukan sebab pemenat pon, kadang nak tau umur dan nama sebenar jah
Quote Orix 25-4-2019 12:11 PM
entah hapa2...............
Quote hyunniesSS501 25-4-2019 12:14 PM
sorry lah.. a big NO
Quote MatDeghem 25-4-2019 12:15 PM
Hancur negara ku....
Dah jadi Macam AME. Popular vote win. Yg top top meletopp jadi purdana muntri
Quote Badigol 25-4-2019 12:18 PM
mana khai bahar dan syafiq kyle top top meletop


Selebriti-selebriti ini dipilih berdasarkan carian nama mereka di Google setiap bulan dan mereka adalah top 5 daripada 300 profil selebriti yang ditapis.
Capture3.PNG

Quote pinksarah 25-4-2019 12:19 PM
Siti nurhaliza jd perdana menteri?

Wow..

Something new..heheheehe
Quote eLiaD 25-4-2019 12:20 PM
npe refer pocik gugel tu kn pencarian baik refer fb or insta yg paling win n rmai followers
Quote Atata 25-4-2019 12:20 PM
PM puppet boleh la
Quote RatuDunia94 25-4-2019 12:29 PM
Apoooo???
Setakat poll suka2 ok kot..
Kalo betul2 x kot! Siti mmg hebat menyanyi tp belum tentu mampu mentadbir negara dik oii..
Kalau betul2 nk join politik try bertanding kat Kuala Lipis dulu.. tp i dont this she will..
Quote RatuDunia94 25-4-2019 12:30 PM
Jap2 mana Wany Hasrita???? BINTANG PALING POPULAR 2018 TAUUU!!

Mana Khai Bahar? TOP TOP MELETOP TAU!
Quote kucingitam 25-4-2019 12:30 PM
aku vote ss jadi pm...plish..plish...plish...
Quote aica187 25-4-2019 12:34 PM
hancur kalo retis jadik pm
Quote MatDeghem 25-4-2019 12:40 PM
Badigol replied at 25-4-2019 12:18 PM
mana khai bahar dan syafiq kyle top top meletop



Mak aji dan abdol top 5 Google Search!
tentu keje acik epot....tiap malam Google Search nak tengok bideo dan gambor mereka.
Huhuhu....


Quote buapakperut 25-4-2019 12:45 PM
agak2 lah spm pangkat 3 pandai main insta nak jadi perdana munteri.
Quote Kurex 25-4-2019 12:56 PM
Hancurrrrrrr
Quote sleepandream 25-4-2019 01:07 PM
iols dah baca artikel ni dekat malay mail dulu..
katanya based on kemenangan Trump as figura realiti tv and presiden Ukraine as figura pelawak..
formal education like spm tu tak jadi faktor pun as wakil rakyat sekarang pun ada yang lepas darjah 6 sajork.. siap soltan angkat jadi exco lagi (sumber: Lulus darjah 6 bukan halangan berkhidmat - Exco Johor)
apa yg penting pengaruh.. connection.. so mana2 kajian dibuatpun kalau nak letak mana2 artis malaysia in front row politic, no doubt tokti top the list lah... itu sajork
Quote anaktoyol 25-4-2019 01:24 PM
sampi UN nnt dia sebut pasal kecik2 jual kuih....

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044820 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top