CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'Konsert Syok Sendiri Ke Tu?' - Persembahan As'ad Motawh Tak Dapat Sambutan?

23-4-2019 10:54 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 14982| Komen: 74|Original author: Oleh: intan



Sering mencetuskan kontroversi, As'ad Motawh yang sebelum ini kecoh dengan adegan gimik seperti dipeluk dan ditarik peminat fanatik sehingga jatuh dari pentas kini kembali lagi dengan cerita baru.

Nama As'ad juga semakin meningkat naik dek kerana tariannya yang unik dan imej penampilan beliau yang ala-ala Justin Bieber Malaysia. Baru-baru ini, ada pula netizen berkongsi video persembahan As'ad di suatu majlis yang kelihatan betul-betul 'hambar'. Kesian pula melihatnya.






Peminat fanatik Asad tak datang support ke?

Walaupun hanya dihadiri beberapa penonton, kelihatan As'ad tetap meneruskan persembahan. Beliau tetap gigih melayan peminat dan memberi persembahan nyanyian untuk penonton yang hadir memberi sokongan. Kagum dengan semangat As'ad!

Dek kerana peristiwa itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan kesian kerana sambutan hambar yang dihadapi As'ad. Ada pula yang merasakan itu hanyalah persembahan raptai dan ada pula yang berseloroh mengatakan 'tiada gimik kena peluk dah'. Macam-macam betul.




Mungkin kerana kurang publisiti mengenai persembahan tersebut yang membuatkan konsert itu kelihatan hambar. Ataupun memang tiada peminat datang memberi sokongan? Husnuzon sajalah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 23-4-2019 10:56 AM
justin bieber malaysia erkkk?? gaya dah ada.. hahaha
Quote kechikchomel 23-4-2019 11:01 AM
konsert apa ni?
bila?
kat mana?

Quote acikbajuhijau 23-4-2019 11:02 AM
kesian gile tapi dia siapa sebenarnya? ke acik dah tua sangat sampai tak kenal dia ni siapa.... acik doakan yang terbaik untuk kau, dik.
Quote Jajabeans 23-4-2019 11:03 AM
Takkan lah tu konsert. Rehearsel je kot. Peminat kt ig kemain ramai
Quote espri6006 23-4-2019 11:03 AM
konsert ke show case? atau persembahan ala2 funfair je?
Quote buragazz 23-4-2019 11:08 AM
Dia ni masuk big stage yang dulu ker baru nak masuk ker tak layak nak masuk...

Sapa ada tgk video yang dia nyanyi sumbang tu.. korang ada rasa mual tak tgk video tu...
Quote jin_lampu 23-4-2019 11:10 AM
LOL...kesian, kurang2 sikit berlagak
Quote Yeehaw 23-4-2019 11:13 AM
Best of luck ye dik. Nanti belajar sef defense. Xdela kena peluk and senang jatuh kena tarik.
Quote Thanatus 23-4-2019 11:15 AM
dia tak buat pulak gimik murahan jatuh pentas
Quote seri_mawr 23-4-2019 11:19 AM
acikbajuhijau replied at 23-4-2019 11:02 AM
kesian gile tapi dia siapa sebenarnya? ke acik dah tua sangat sampai tak kenal dia ni siapa.... acik ...

me tooo makcik....
hahhahaa...pun tak kenal budak As'ad ni....ke kita sama2 dah tua....hahhaha

mcm mana nak pronounce "Motawh" tu... silap sebut kang riso jadi muntah...huhuhu....
Quote RatuDunia94 23-4-2019 11:23 AM
Beriya penganjur buat pagar bagai...

Hahahaahahhahahahahahahahaha.....
Sedihnya hidup ko dek sbg penyanyi...
Quote beatgirlX 23-4-2019 11:24 AM
acikbajuhijau replied at 23-4-2019 11:02 AM
kesian gile tapi dia siapa sebenarnya? ke acik dah tua sangat sampai tak kenal dia ni siapa.... acik ...

Hahaha..ingatkan aku sorg je rasa cenggitu
Quote electricopop 23-4-2019 11:25 AM
Xpe dik, yang penting gigih nyanyi ye...
Quote Angryelmo 23-4-2019 11:35 AM
Tapi yelmo suka tengok kening dia yang the very on fleek itu sebab kening yelmo hidup segan mati tak mau.
Quote Kurex 23-4-2019 11:35 AM
Dia comel.. Tu je la.. Yang lain, tak kenan
Quote asmara_me 23-4-2019 11:47 AM
event TM dalam mmu cyberjaya rasanya, masalahnya dia dah kena bahan kat twitter.

asad jawab macam ni, sebab dia x promo pasal show sebab dia tak dibayar untuk promosi, so die mmg x update ape la kat ig dia. dia blame penganjur pulak.
Quote laksmanabentan 23-4-2019 11:52 AM
asmara_me replied at 23-4-2019 11:47 AM
event TM dalam mmu cyberjaya rasanya, masalahnya dia dah kena bahan kat twitter.

asad jawab macam ...

amboiii demanding gitu ya....
lagu takde ler popular mana pun da demand gitu..
kelas tu dik...
ala2 diva tersohor gitu....

kira dia ni nak sapa2 undang dia,
sila buat promo ya sendiri ya..
dia tak buat promo kalau takde bayaran buat promo..
dia dtg nyanyi jer sbb payment dapat tuk nyanyi aja hokeyyy...

Quote Thanatus 23-4-2019 11:54 AM
asmara_me replied at 23-4-2019 11:47 AM
event TM dalam mmu cyberjaya rasanya, masalahnya dia dah kena bahan kat twitter.

asad jawab macam ...

against contract kononya kalau dia buat promo kat fans dia hahahahaha poyo
Quote asmara_me 23-4-2019 12:03 PM
laksmanabentan replied at 23-4-2019 11:52 AM
amboiii demanding gitu ya....
lagu takde ler popular mana pun da demand gitu..
kelas tu dik...

memang dia reply thread twitter tu dengan jawapan mcm tu haha

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.130224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top