CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Bengang Khalid Samad Kata Malu Bila Pelancong Asing Tengok Kampung Baru

22-4-2019 05:35 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10654| Komen: 84|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Suasana di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu malam. Kredit foto: Malaysiakini

Menteri Wilayah, Khalid Samad ditempelak oleh para netizen berikutan kenyataannya yang menyifatkan Kampung Baru yang lot-lot tanahnya dimiliki oleh orang Melayu sebagai 'sesuatu yang memalukan' untuk ditunjukkan kepada para pelancong asing.

Memetik laporan Malaysiakini pada 22 April, beliau berpandangan, kawasan Melayu yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur itu kelihatan seperti 'kampung setinggan'. 

Kenyataan Khalid tentang Kampung Baru. Kredit foto: Facebook


Mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin kanan Parti Amanah Negara itu menjelaskan, keunikan Kampung Baru sebagai kampung tradisional Melayu di pusat bandar raya Kuala Lumpur sepatutnya dikekalkan.

Malah, kata netizen, negara-negara lain seperti Jepun dan Afrika Selatan menjadikan kampung-kampung tradisional mereka sebagai destinasi tarikan pelancong.

Kredit foto: Facebook


Sebahagian netizen yang membantah kenyataan Khalid itu meminta kerajaan membersihkan dahulu imej Kuala Lumpur daripada kegiatan maksiat dan pusat hiburan yang dilihat semakin bermaharaja lela.

Mereka menganggap isu tersebut adalah lebih memalukan daripada kewujudan sebuah kampung tradisional Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Lebih membimbangkan mereka, pemilik-pemilik tanah yang asal mungkin tidak mampu membeli kediaman baharu yang bakal dibangunkan kelak kerana harganya dijangka melambung tinggi.

Kredit foto: Facebook

Seharusnya kerajaan mengambil kira pandangan banyak pihak yang mahu Kampung Baru yang begitu sinonim dengan identiti asal Kuala Lumpur dipulihara dan dikekalkan. -CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 22-4-2019 05:50 PM
Betul la...Meleis NI semuanye malu jadi Asian...dah memang muka engko buruk...ubah camne Pon buruk jugak...

Ko ingat duduk Kat bangunan urban tu boleh ubah muka Dan sifat engko ke?
Quote azwanaliori 22-4-2019 05:54 PM
Org putih suka gila kot cari makan kt kg baru tu.
Quote CiliPadiSedap 22-4-2019 05:56 PM
Kat atas akak ni budak bugis. Rambut cm astroboy ada hati nak hina melayu
Quote harizs 22-4-2019 05:58 PM
Khalid Harapan Coin ni ingat mat saleh dtg msia sbb nak tgk bangunan tinggi2 kot...dasar menteri benak
Quote harizs 22-4-2019 06:00 PM
iloveselangor replied at 22-4-2019 05:50 PM
Betul la...Meleis NI semuanye malu jadi Asian...dah memang muka engko buruk...ubah camne Pon buruk j ...

Mesti teruk fb khalid kena kecam hari ni...
Quote iloveselangor 22-4-2019 06:02 PM
harizs replied at 22-4-2019 06:00 PM
Mesti teruk fb khalid kena kecam hari ni...

Aku cakap based on apa pelancong cakap pasal KL.

YG suka shopping Kat KL tu Arab padang pasir je.

Omputeh diorg suka lepak Kat Jalan Alor tu...tapi mana Ada Meleis Kat Jalan Alor tu..deme acah2 urban kowt
Quote namieamuro 22-4-2019 06:05 PM
Edited by namieamuro at 22-4-2019 06:07 PM

sepatutnye lagi malu tgk keadaan tmpt yg bersampah sarap tak terurus dgn baik

ape ke teruk sgt ke kampung baru tu? dh lame kampung baru tu kt situ..makan pon sedap

ni idea nk robohkan kampung bru ke ni and bina bangunan tinggi2 yg baru dan moden? gigih sgt khalid ni..
Quote harizs 22-4-2019 06:06 PM
iloveselangor replied at 22-4-2019 06:02 PM
Aku cakap based on apa pelancong cakap pasal KL.

YG suka shopping Kat KL tu Arab padang pasir j ...

Aku pun jumpa kwn2 lepak kena teh tarik kat jalan alor tu...takkan nak lepak starbuck jumpa kwn lama
Quote sambaldurian 22-4-2019 06:13 PM
Habislah populariti khalid samad, dulu ak rs ye, klu mak ak nk g mkn kg.baru mcm err je rs, dh besar pnjg ni rs, br perlu kg baru dikekalkan, supaya ada keunikan. Klu semua umah biru yg selalu masuk tv tu, msti lg cun area kg.baru tu. X perlu dh la kwsn urban, kondo tinggi2 bkn rmi mampu beli. Mampu tgk je. Tp yg x patut owner flat mmg kenakan harga sewa kaw2 kt tenant.
Quote tobby 22-4-2019 06:18 PM
sambaldurian replied at 22-4-2019 06:13 PM
Habislah populariti khalid samad, dulu ak rs ye, klu mak ak nk g mkn kg.baru mcm err je rs, dh besar ...

Dulu si khalid scammer ni jugak yg terkejut baru tau MRT x ada drebar. Mmg jahil menteri ni klu dia ingat omputeh nak tgk kedai2 baru & bangunan baru
Quote tobby 22-4-2019 06:19 PM
namieamuro replied at 22-4-2019 06:05 PM
sepatutnye lagi malu tgk keadaan tmpt yg bersampah sarap tak terurus dgn baik

ape ke teruk sgt ke ...

Ada la tu kroni sedang intai2 peluang klu robohkan rmh2 org melayu kat situ
Quote Artemesiaa 22-4-2019 06:29 PM
Omputih kalau nak tengok kampung melayu yang masih mengunakan rumah papan mereka suka gi Melaka sebab masih banyak yang maintain rumah melayu bertangga batu atau kayu.  Nak tengok bangunan tinggi mereka kurang suka sebab tempat mereka pun banyak je bangunan modern.  Rasanya lebih baik dibangunkan jadi hub perbagai makanan asli melayu.  Dah selama ni ramai kesana sebab nak makan je pun bukan nak tengok bangunan tinggi.
Quote hussaini4675 22-4-2019 06:30 PM
Ada udang sebalik mi ni. Ramai tokey yang terlior tengok tanah kampung baru tu.
Quote Buritan 22-4-2019 06:33 PM
namieamuro replied at 22-4-2019 06:05 PM
sepatutnye lagi malu tgk keadaan tmpt yg bersampah sarap tak terurus dgn baik

ape ke teruk sgt ke ...

I tink soo.. so mulayu pindahlaa reramai kat plat pprt
Quote Buritan 22-4-2019 06:35 PM
tobby replied at 22-4-2019 06:19 PM
Ada la tu kroni sedang intai2 peluang klu robohkan rmh2 org melayu kat situ

Itulaa hajat hatiku sambil mengira ngira brp komisen masuk dlm poket ku ini...
Quote dino 22-4-2019 06:40 PM
apa komen bodohgemok... still jd bodoh...
Quote dodolgemok 22-4-2019 06:46 PM
Kasi kemas je lah kg baru tu, xpayah nk roboh2. Apa nak malunya, biar simpan persekitaran kg di kwsan bandar, xde lah sesak jadinya.
Quote aku_best 22-4-2019 06:47 PM
Iolss lagi sakit mata..sakit hati tengok pendatang asing yg menjaja, menjual, buka kedai..yg ni takkan khalid tak mau hapuskan...buatlah operasi pembersihan pendtang asing nih...choiii...sangat...
Quote jazaa100 22-4-2019 06:49 PM
azwanaliori replied at 22-4-2019 05:54 PM
Org putih suka gila kot cari makan kt kg baru tu.

Kat chowkit pun dorang suka pi....

Sama sama sibuk dgn aku pilih buah....

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041651 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top