Pengarah dan penerbit filem, Michael Ang semalam meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan servis yang diberikan oleh salah satu hotel penginapan bertaraf 4-bintang di Melaka.
Pengarah berusia 43 tahun itu memuat naik video pendek di akaun Instagram miliknya berkata yang hotel tersebut merupakan hotel yang paling teruk yang pernah diinapi olehnya sambil meminta orang ramai untuk menularkan video tersebut. "Tolong viralkan video ni, jangan duduk di hotel ni!" ujar Michael berang.
Menerusi video tersebut, Michael mengatakan yang setelah beberapa kali membuat panggilan ke bahagian front desk hotel tersebut, pihak hotel masih tidak melayan permintaannya sehingga memaksa dia untuk turun hanya untuk meminta chopstick. Lebih menyakitkan hati, pengurus yang bertugas pada hari itu juga berkelakuan kasar dan biadap apabila Michael cuba membuat aduan. Kerana terlampau berang dengan layanan pihak hotel tersebut, Michael meminta orang ramai menularkan video itu agar orang lain tidak menjadi mangsa layanan buruk sepertinya. Perkongsian Michael terserbut mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya di media sosial tersebut yang rata-rata turut berkongsi pengalaman buruk mereka semasa menginap di hotel yang sama. Kalau dilihat daripada komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang mengakui tentang layanan buruk hotel tersebut. Diharap pengurusan hotel terbabit mengambil tindakan sewajarnya dan melatih pekerja-pekerja mereka dengan etika dalam perhotelan. Orang dah bayar mahal-mahal, tapi servis teruk siapa yang tak marah, kan? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|