CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Bercerai, Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam Dengan Tiga Anak

19-4-2019 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11589| Komen: 68|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang ibu tunggal dan tiga anaknya menjadikan reban ayam sebagai tempat tinggal.

Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, terpaksa duduk di reban kecil yang terletak di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, di Pasir Puteh, Kelantan selepas bercerai dengan suaminya tahun lepas.


Menurut laporan Malaysia Kini, reban tersebut sudah tidak digunakan lagi dan terletak di sebelah rumah ibunya, didirikan atas tanah rezab tali air berhampiran.

Foto: Malaysia Kini
Rabiatul menyatakan yang bekas suaminya tidak mampu menampung keperluan anak-anak selepas mengalam kecederaan parah akibat kemalangan.

"Selepas bercerai pada awalnya bekas suami sewakan rumah dan sediakan keperluan harian anak-anak, selepas kemalangan dia tak dapat bekerja dan tak mampu nak beri tampung keperluan anak-anak lagi. 


"Jadi saya buat keputusan untuk balik ke kampung emak di sini. Tetapi terpaksalah duduk dalam gok (reban) ayam ini.

"Saya tak mahu susahkan mak untuk menumpang kerana rumahnya juga kecil."

Foto: Malaysia Kini
Rabiatul dan tiga anaknya yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun hanya makan sekali sehari untuk mengisi perut.

Dia kini menjaja kain secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah.

"Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.

"Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak.

"Waktu petang dan malam, kami ikat perut atau makan makanan ringan."

Foto: Malaysia Kini
Anak keempat Rabiatul diserahkan kepada kakaknya sebaik sahaja melahirkannya awal tahun lepas.

Hari ini ada orang parti politik datang jenguk, saya tak kenal. Ada orang lain daripada NGO. Mereka ada bagi sumbangan bekalan makanan, dan duit.

"Selain itu ada yang mula hantar barang-barang untuk bina rumah, katanya rumah akan dibina tak lama lagi untuk digantikan dengan reban ayam ini."

Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ab Pattah Hasbullah berkata, 

bantuan segera berupa wang tunai RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah diberikan.

Foto: Malaysia Kini
"Kita juga sedang urus bantuan bulanan untuk anaknya sebanyak RM300 sebulan, manakala siasatan lebih terperinci sedang dilakukan oleh penggawa kawasan tersebut."

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 017 968 9519. -CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 19-4-2019 06:13 PM
Airun: tengok nepalbini banyak lakimati satu ada lagi lakianak pun terjagabetter than laki banyak binibetul tak ?

Ko nepal kan
Quote bulanbulat 19-4-2019 06:37 PM
Nak tengok rumah mak yang disebelah tu
Quote dreamdaddy 19-4-2019 08:36 PM
yg penting jalur gemilang tetap berkibar megah yach.
Quote lattehazelnut 19-4-2019 08:41 PM
Knp dia xcarik kje tetap.. kan mak bole jaga anak kejap
Quote kibodwatriuh 19-4-2019 08:56 PM
Sejid, surau bertaburan, ummah dok dalam reban wat dok tahu jah
Quote jazaa100 19-4-2019 09:52 PM
Kesian......

Masih ada org susah sampai mcm ni sekali...
Quote jazaa100 19-4-2019 09:55 PM
lattehazelnut replied at 19-4-2019 08:41 PM
Knp dia xcarik kje tetap.. kan mak bole jaga anak kejap

Dia baru lepas bersalin awal tahun ni cik kiah....

Sakit bersalin tu pun tak hilang lg...blm blh buat kerja berat.....lg pun dia tengah settle kn satu persatu masalah dia....nasib baik ada mak...blh lah menumpang wlupun reban ayam....
Quote Elle_mujigae 19-4-2019 10:00 PM
Ya...sgt kesian kan... =(
Quote lattehazelnut 19-4-2019 10:18 PM
jazaa100 replied at 19-4-2019 09:55 PM
Dia baru lepas bersalin awal tahun ni cik kiah....

Sakit bersalin tu pun tak hilang lg...blm bl ...

I baca awal tahun lepas

Anak keempat Rabiatul diserahkan kepada kakaknya sebaik sahaja melahirkannya awal tahun lepas.

———————————-

Even kalau awal tahun ni, xkan la pantang sampai empat bulan
Quote jazaa100 19-4-2019 10:30 PM
lattehazelnut replied at 19-4-2019 10:18 PM
I baca awal tahun lepas

Anak keempat Rabiatul diserahkan kepada kakaknya sebaik sahaja melahirk ...

Iya lah....

Tapi kesian gak kat dia...sblm ni ex hb tanggung....tetiba ex hb eksiden, mgkin dlm fasa terkejut lg tu...tak blh pikir sbb kemurungan...
Quote Andyscenes 20-4-2019 01:39 AM
Ex husband dia kn ada socso tu semua, xkn anak2 pun x dpt tanggung, anak kecik lagi. Pergi perjabat bgtau, lainlah kalau laki dia kerja x potong socso.
Quote OrkedCattleya 20-4-2019 03:12 AM
Allahu.. Kesiannya.
Saya doakan semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan akak ni.
Saya juga berdoa agar anak2 akak berjaya didunia dan diakhirat.. Aaminn allahumma Aaminn
Quote Munshi 20-4-2019 03:12 AM
jazaa100 replied at 19-4-2019 10:30 PM
Iya lah....

Tapi kesian gak kat dia...sblm ni ex hb tanggung....tetiba ex hb eksiden, mgkin dlm ...

Betul kesian. Tapi semasa suami dia tanggung tu kenapa dia tak cari kerja ye? I mean takkanlah duduk rumah saja? Tapi ye lah kita pun tak berada dalam tempat dia kan x boleh nak kata apa sebab tak tahu apa sebenarnya yg berlaku.
Quote None68 20-4-2019 07:03 AM
Pelik2 la diaorang ni..ke maknya pun miskin.
Quote otai_g 20-4-2019 07:04 AM
Knp kes2 tingal dlm reban ni bnyk berlaku kat kelantan?

explain.
Quote jahcomel 20-4-2019 08:30 AM
Ntah lh nk Komen lebih2 nntk kn kna marah kt forumer...area kwsan dia tinggal tu sekolah ad, kedai mkn ade, pasar Ade...boleh je kalu nk keje, tp nape la nko beli nasi bungkus, nko beli beras y 5kg tu y cap pauh, cap roda, cap basikal baru rm12.50...ikan pn murah2 lg kt situ...aku sebenarnya bkn x kesian tp smpai bila nk mnagih simpati...aku lbih kesian pd y sakit sbb Kos perubatan tinggi mmg mmerlukn Sgt bantuan..
Quote shernazz 20-4-2019 08:43 AM
jahcomel replied at 20-4-2019 08:30 AM
Ntah lh nk Komen lebih2 nntk kn kna marah kt forumer...area kwsan dia tinggal tu sekolah ad, kedai m ...

Iols.is xtau keadaan umah dia n lokasi mcmana.tp kalau uols bgtau semua dekat tu..maknanya terpulang pada dia.lah..
Jual kain boleh buat sambilan...
Yang oenting keje tetap..
Sampai bila nak hadap bantuan orang..
Orang lama lama bg bantuan pung fed up jugak kalau penerima xnak naikkan taraf hidup depa
Quote Jorja 20-4-2019 08:53 AM
Bsyukur la dgn apa Kita Ada skrg
Quote JokesCop 20-4-2019 09:28 AM
Andyscenes replied at 20-4-2019 01:39 AM
Ex husband dia kn ada socso tu semua, xkn anak2 pun x dpt tanggung, anak kecik lagi. Pergi perjabat  ...

Hahahaha, ko ingat socso tu mcm magic? Hari ni eksiden esok dapat. Kalau setahun lepas eksiden baru dapat tu pada derang tahap pekerja cemerlanglah tu.

Buat apa nak bayar kalau boleh tgk orang merayu mintak hak sambil bukak cerita hasanah?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.080291 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top