Asiah Abdul Jalil dikenali ramai sebagai seorang peguam yang berani meluahkan percanggahan pendapat berhubung ajaran Islam. Sejak beberapa hari ini, Asiah sering memuat naik penulisan berbaur unsur penghinaan dan fitnah terhadap Rasulullah SAW. Asiah menuduh Nabi SAW meninggalkan anak-anak kecil di bawah jagaan isteri, manakala baginda bersenang lenang di Gua Hira'. Dalam kemas kini terbarunya, wanita itu turut mendakwa Rasulullah SAW berkahwin tanpa pengetahuan isteri baginda yang lain.
Apabila dikecam ramai, Asiah masih teguh dengan pendiriannya dan menuduh agamawan yang dilabelnya sebagai 'Pak Lebai' telah mengubah sirah Nabi SAW mengikut pendapat sendiri. Asiah turut membidas penjelasan daripada agamawan berhubung kejadian sebenar ketika Nabi SAW ke Gua hira'. Malah, dia turut menempelak hujah PU Amin. Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Pemuda Pas Kawasan Kepala Batas menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap peguam itu kerana memuat naik kenyataan berbaur penghinaan dan fitnah terhadap Nabi Muhammad SAW. Pun begitu, Asiah masih dengan lagaknya sedikitpun tidak gentar. Asiah langsung tidak kisah dengan kecaman dan kritikan daripada orang ramai. Islam hari ini diserang dari segenap sudut. Bukan sahaja dari anasir luar, malah umat Islam sendiri memperkotak-katikkan agama sendiri dengan pelbagai fitnah dan mempersendakan Al-Quran. - CARI
|
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) , ketahuilah bahawa orang itu telah di Istidraj kan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
ADVERTISEMENT