CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bercinta Dengan Robot, Rancang Untuk Berkahwin

21-4-2019 02:59 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3026| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Selesai kes wanita berkahwin dengan selimut dan lelaki berkahwin dengan serangga, kini seorang lelaki pula menggemparkan media apabila memutuskan untuk berkahwin dengan robot permainannya.


Kredit foto: Mirror

Joey Morris dari Taneytown, Maryland, Amerika Syarikat (AS) berkata beliau telah dua tahun memadu asmara dengan permainan robotnya yang dinamakan RoboTroll dan yakin dengan pilihan hatinya.


Beliau berkata mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan kerena beliau tertarik dengan senyuman dan warna rambut pink robotnya. Menurut sumber, lelaki itu sebelumnya pernah bercinta dengan lampu meja, lori transformer dan patung Halloween.



Kredit foto: Mirror



Menurut Joey, percintaannya sebelum ini tidak berpanjangan sehinggalah dia bertemu dengan RoboTroll pada Disember 2017 dan merasa kenangan nostalgia kerana sebelumnya beliau adalah peminat tegar koleksi permainan BattleTrollz.


Percintaan Joey dengan pelbagai barangan permainan bermula sejak berumur 10 tahun dan tarikan seks ni dipanggil 'objectum' iaitu seseorang yang meminati objek.



Kredit Foto: Mirror


Kini Joey, yang bekerja sebagai seorang penghibur jalanan berkata belliau tidak sabar untuk merancang masa depan dengan kekasihnya, termasuk percutian ke Florida, lokasi idamannya untuk melangsungkan perkahwinan.


'Saya pernah bercinta dengan lampu meja tetapi dimarahi guru, kemudian watak animatrik Donna the Dead disusuli dengan trak Oprimus Prime, malangnya kesemua kisah cinta lalu berkecai' luahnya.

Kredit foto: Mirror


'Kini saya yakin dengan hubungan bersama RoboTroll yang dibeli di eBay dengan harga RM100'tambah Joey.

Menurut Joey, ramai kawan-kawannya merestui pilihannya walaupun menyedari perkara itu pelik. Bagaimanapun, hubungan mereka ditentang keras oleh ibunya yang menganggap ini satu penyakit mental serta menggesa Joey mendapatkan rawatan.


Kredit foto: Mirror


'Saya mengabaikan semua orang yang tidak menyokong, yang penting saya gembira dalam hubungan ini' kata Joey menutup perbualan dengan akhbar Mirror.

Semoga Joey mendapat rawatan mental yang sewajarnya.- CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 19-4-2019 04:17 PM
Iya lahh.....

Cinta itu anugerah.....
Quote noraidil_06 19-4-2019 05:16 PM
Hamdalah sus. Moga kekal hingga relai
Quote akusukaq 20-4-2019 12:03 AM
satu kegilaan utk dikenali.mengaku saja bercinta dgn objek, kawen dgn tunggul kayu .apa2 jek . yg penting dpt publiksiti

Quote slavehunter 20-4-2019 12:08 AM
Selamat berbahagia dik......
Quote Sang_Pencinta 21-4-2019 02:53 PM
Selesai kes wanita berkahwin dengan selimut dan lelaki berkahwin dengan serangga, kini seorang lelaki pula menggemparkan media apabila memutuskan untuk berkahwin dengan robot permainannya.





Kredit foto: Mirror





Joey Morris dari Taneytown, Maryland, Amerika Syarikat (AS) berkata beliau telah dua tahun memadu asmara dengan permainan robotnya yang dinamakan RoboTroll dan yakin dengan pilihan hatinya.




Beliau berkata mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan kerena beliau tertarik dengan senyuman dan warna rambut pink robotnya. Menurut sumber, lelaki itu sebelumnya pernah bercinta dengan lampu meja, lori transformer dan patung Halloween.







Kredit foto: Mirror









Menurut Joey, percintaannya sebelum ini tidak berpanjangan sehinggalah dia bertemu dengan RoboTroll pada Disember 2017 dan merasa kenangan nostalgia kerana sebelumnya beliau adalah peminat tegar koleksi permainan BattleTrollz.




Percintaan Joey dengan pelbagai barangan permainan bermula sejak berumur 10 tahun dan tarikan seks ni dipanggil 'objectum' iaitu seseorang yang meminati objek.






Kredit Foto: Mirror







Kini Joey, yang bekerja sebagai seorang penghibur jalanan berkata belliau tidak sabar untuk merancang masa depan dengan kekasihnya, termasuk percutian ke Florida, lokasi idamannya untuk melangsungkan perkahwinan.




'Saya pernah bercinta dengan lampu meja tetapi dimarahi guru, kemudian watak animatrik Donna the Dead disusuli dengan trak Oprimus Prime, malangnya kesemua kisah cinta lalu berkecai' luahnya.



Kredit foto: Mirror






'Kini saya yakin dengan hubungan bersama RoboTroll yang dibeli di eBay dengan harga RM100'tambah Joey.


Menurut Joey, ramai kawan-kawannya merestui pilihannya walaupun menyedari perkara itu pelik. Bagaimanapun, hubungan mereka ditentang keras oleh ibunya yang menganggap ini satu penyakit mental serta menggesa Joey mendapatkan rawatan.





Kredit foto: Mirror







'Saya mengabaikan semua orang yang tidak menyokong, yang penting saya gembira dalam hubungan ini' kata Joey menutup perbualan dengan akhbar Mirror.


Semoga Joey mendapat rawatan mental yang sewajarnya.- CARI
Quote chenta_dewi 21-4-2019 03:16 PM
Jomat betol..honeymoon luar negara belo 1 tiket jah
Quote cahaya_almas 21-4-2019 03:26 PM
Haha...adoilah..tk tau nk happy or nak sedih....huhu...tp robot n dia muka lebih krg sama...patutlah berjodoh.....huhu
Quote sharlenetexas 21-4-2019 03:26 PM
Macamana dia lawan pedang?
Quote ikanmasin 21-4-2019 04:40 PM
kategori apa nak bagi ni..
Quote Sang_Pencinta 21-4-2019 06:16 PM
Setuju dgn ibunya, dia sakit mental
Quote mamarock 21-4-2019 06:18 PM
Kesiannya..
Quote FanTasyCreaTioN 21-4-2019 06:24 PM
Thread yang sama lebih awal
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1156690

Quote mbhcsf 21-4-2019 06:33 PM
wow kali ni dengan robot ye
kira robot ni dah sedarjat dengan taraf manusia la ni...

dulu ada  yg kahwin dengan ? cermin?

wow semakin banyak ye yg memanusiakan taraf objek objek ni

may be too much beauty and the beast kot ?


dan banyak dalam kalangan kita think this is just a funny thing, kan?


actually ini adalah manifestasi kecelaruan pemahaman hakikat dan tataletak insan dalam peringkat yg sangat menyedihkan....

Quote VuJiE 21-4-2019 06:48 PM
jangan lupa jemput kenduri ye
Quote buapakperut 22-4-2019 12:11 AM
ingatkan robot besau macam cyborg. rupanya mainan happy meal sajo..
Quote bulanbulat 22-4-2019 12:41 AM
I jugak single {:cryrun
Quote batmana 22-4-2019 06:54 AM
Ni mental..bukan nk kawin pun
Quote sehirkedi 22-4-2019 10:07 AM
Edited by sehirkedi at 22-4-2019 10:08 AM

Percintaan yg tragis.. kalau boleh bergerak robot tu, dah lama ia lari dari orang mental camni..Hahhaa
Quote Rogue98 22-4-2019 02:14 PM
Harap takde yang bercinta dengan jamban pulak. Susah nak bawak pi honeymoon nanti..  

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.172017 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top