Semakin menjadi-jadi! Itulah yang menjadi buah perbualan hangat di Twitter akibat tindakan beberapa remaja yang langsung tidak sensitif dengan agama, malah mempermainkan ayat al-Quran pula.
Mereka seolah-olah tiada rasa bersalah, malah menganggapnya sebagai jenaka yang boleh dipermainkan. Seorang pengguna telah meluahkan rasa kesal berhubung isu ini apabila ramai remaja seperti tidak takut kepada Tuhan kerana ternyata perbuatan tersebut adalah dosa besar. Netizen juga telah meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan isu ini. Mempersenda ayat Al-Quran..
Ada yang siap muat naik video lagi, berani sungguh! Berikutan kes ini, seorang ustaz telah tampil memberi penjelasan mengenai hukum mempersenda ayat Al-Quran dan kalimah Allah. Ada netizen lain juga menjelaskan perkara yang sama. Bergurau pun ada batasnya. Diharap berhenti melakukan perkara tidak berfaedah seperti ini kerana ianya adalah sia-sia, malah mendapat dosa pula. Berubahlah ya! - CARI |
ADVERTISEMENT