Seorang wanita berdepan pengalaman yang mengejutkan apabila tiba-tiba melihat kamera muncul dari bawah kubikel di sebelahnya ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Paka, Terengganu pada Selasa lalu.
Dalam perkongsian di Facebooknya, wanita itu berkata beliau sedang menggunakan sebuah tandas di stesen itu apabila tiba-tiba mendengar tong sampah sanitari di sebelah kubikelnya dialihkan. Seketika kemudian, beliau terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang memegang kamera dari bawah dan cuba merakamnya. Menyedari keadaan itu, beliau terus keluar dan memberitahu teman lelakinya yang melaporkan kepada kakitangan stesen minyak tersebut. Bersama dengan kakitangan itu, mereka mengetuk ruangan tandas berkunci tersebut memintanya keluar tetapi terkejut apabila suara wanita pula yang menjawab. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, mereka terus mendesak supaya pengguna tandas itu keluar sehinggalah seorang lelaki membuka pintu. Suspek kemudian ditangkap beberapa kakitangan dan orang awam di situ, tetapi menafikan cubaan mengintai dan merakam video. Penipuannya bagaimanapun terbongkar apabila pemeriksaan mendapati telefon bimbitnya penuh dengan gambar dan video wanita dalam tandas yang diambil secara sembunyi. Lelaki yang bertutur dalam loghat Kelantan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa. Pembaca terutamanya golongan wanita meluahkan rasa terkejut dan geram dengan perbuatan lelaki itu. "Orang nak berak pun tak senang, apa yang seronok sangat tengok orang meneran," kata seorang wanita. Beberapa orang lagi di antara mereka meluahkan rasa takut untuk ke tandas seorang diri. "Kini nak ke tandas awam pun terpaksa minta untuk diteman," kata mereka. Tidak kurang ada pengguna tandas awam yang mengkritik stesen minyak kerana hanya membuka satu ruangan tandas dan mengunci sebahagiannya menyebabkan ada lelaki menggunakan alasan tandas berkunci untuk masuk ruangan wanita. Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam terutama golongan wanita. - CARI
|
dreamdaddy replied at 19-4-2019 04:39 PM
baca tajuk je iols dah siap-siapan menanti yach utk komen yg tanya bam jat masuk tandas mana
ADVERTISEMENT