Walaupun Islam menyatakan anjing sebagai haiwan yang haram disentuh namun masih ramai yang menunjukkan belas kasihan kepada haiwan tersebut. Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menceritakan hubungan baik ayahnya dengan seekor anjing liar yang dipanggil Johnny. Menurut gadis itu, ayahnya sering memnberikan makanan kepada anjing liar itu menyebabkan mereka menjadi rapat. Kerana keakraban itu, anjing itu sering berkawal di luar rumah mereka dan mengikuti ke mana sahaja ayahnya pergi termasuk ketika ke surau. Ayahnya juga sangat menyayangi anjing tersebut sehinggakan ayahnya sanggup memungut tulang-tulang di meja orang lain ketika keluar makan untuk dibawa balik bagi Johnny. Gadis tersebut turut memuat naik screenshot perbualan mereka sekeluarga mengenai gelagat ayahnya mencari dan menyediakan makanan untuk Johnny. Ada satu ketika Johnny mengalami kecederaan dan ayahnya telah meminta pertolongan jiran untuk membawa Johnny ke klinik haiwan. Bagaimanapun, kisah itu terhenti apabila ayahnya meninggal baru-baru ini. Menurut gadis itu, Johnny kelihatan senyap dan sedih di luar pagar sepanjang majlis pengkebumian berlangsung. Cuma malam itu Johnny kembali meminta makanan. Netizen yang membaca perkongsian gadis itu mengucapka takziah ke atas pemergian ayahnya. Saya doakan family awak murah rezeki, saya faham sebagai seseorang yang sayangkan haiwan, anjing itu pasti rindukan arwah ayah awak' kata seorang lagi. Malahan ada juga yang menghulurkan bantuan untuk memberikan vaksin kepada Johnny. 'If you need help getting vaccine and permit, let me know' kata seorang lagi. Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah nasib Johnny selepas ini, gadis itu memberikan jaminan bahawa anjing itu akan tetap diberikan makan minum. Takziah kepada keluarga gadis tersebut dan semoga Johnny akan tetap dijaga dengan baik. -CARI
|
Peaches113 replied at 19-4-2019 01:17 PM
Dah debab dah johnny.
Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gau ...
Peaches113 replied at 19-4-2019 05:17 AM
Dah debab dah johnny.
Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gau ...
Peaches113 replied at 19-4-2019 01:17 PM
Dah debab dah johnny.
Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gau ...
ADVERTISEMENT