CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Langgar Gt-R, Menangislah Nak Bayar

18-4-2019 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11732| Komen: 49|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sebuah Perodua Myvi hilang kawalan di Seremban telah merempuh sebuah kereta berprestasi tinggi model Nissan GT-R yang diparkir di tepi jalan.
Sebuah Perodua Myvi hilang kawalan di Seremban telah merempuh sebuah kereta berprestasi tinggi model Nissan GT-R yang diparkir di tepi jalan.

Harian Metro melaporkan, kejadian jam 11 malam itu berlaku ketika pemandu lelaki berusia 45 tahun dalam perjalanan dari Seremban 2 ke Emerald Park.



Foto: Facebook
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, 

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tembok batu di kiri jalan.


“Rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali dan memasuki jalan bertentangan sebelum merempuh Nissan GT-R yang berada di parkir.” 

Foto: Facebook
Kemalangan tersebut mengakibatkan Nissan GT-R rosak di bahagian belakang manakala pemandu Myvi cedera ringan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 18-4-2019 05:02 PM
Fuhhh berapa insurance bayar nanti tu
Quote jofizo 18-4-2019 05:03 PM
susah pe, insurans ada......
Quote seri_mawr 18-4-2019 05:07 PM
moonbug replied at 18-4-2019 05:02 PM
Fuhhh berapa insurance bayar nanti tu

boleh kaver ke insurance..?
cukup ke nak kaver dua2 kereta...?
Quote Meiizu 18-4-2019 05:08 PM
GTR duk diam jaa..tak memasal kena.
Quote wajaman 18-4-2019 05:09 PM
myvi GTR vs Nissan GTR..laju sgt tu,0-100Km/j dalam 5 second
Quote newyork 18-4-2019 05:11 PM
Terbukti.. gtr pun kalah dgn my vi ..
Quote tri-max 18-4-2019 05:13 PM
myvi... ngan sapa yg dia tak cari gaduh?
hatta basikal pon dirempuhnya
Quote TravellingBear 18-4-2019 05:19 PM
Rempuh ke tu. Kalau dlm gambar mcm terbangggg
Quote sub5zero 18-4-2019 05:31 PM
myvi tin milo
Quote insulin 18-4-2019 05:32 PM
Perghhhh. Jangan main-main dengan King MyVi.
Quote sukacactus 18-4-2019 05:35 PM
Eh warna pun nak sama la
Quote tungkai 18-4-2019 05:37 PM
Aku syak yg Myvi ni nak pijak brek tapi terpijak minyak. Apa2 pun mmg nangis laa...
Quote buapakperut 18-4-2019 05:38 PM
cuma myvi saja yang berani huhuhu
Quote mizzmimi 18-4-2019 05:42 PM
Pehh.. Ni myvi sport ni..

(Nangis nak repair)
Quote merrissa 18-4-2019 06:24 PM
tri-max replied at 18-4-2019 05:13 PM
myvi... ngan sapa yg dia tak cari gaduh?
hatta basikal pon dirempuhnya

kahkahkah dengan traffic light pon deme tak pueh hati
Quote afidahhb 18-4-2019 06:42 PM
{:cryrun teruk juge tu..
Quote multinicky 18-4-2019 07:10 PM
myvi strive again! please la sesape tlg buat thread pasal myvi ni..mcm2 kes ade..
Quote otai_g 18-4-2019 07:16 PM
Knp majoriti driver myvi drive mcm yindia? Sapa tau jwpnnya?
Quote multinicky 18-4-2019 07:16 PM
kalau ade jumpa dkt highway mohon kasi laluan..
IMG_20190418_191529.jpg

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055151 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top