CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Angkat Kantoi Mendera Ketika Doktor Nak Bagi Vaksin

18-4-2019 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5544| Komen: 38

Pemeriksaan kesihatan di sekolah ketika memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun membawa kepada penahanan seorang suri rumah.

Memetik Berita Harian, wanita itu ditahan selepas disyaki mendera anak angkatnya yang juga anak saudaranya di Kampung Bogag, Bau, Sarawak, semalam.



Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan selepas pegawai perubatan terbabit menemui kesan luka pada tubuh mangsa.

“Ketika ingin membuat pemeriksaan dan memberikan vaksin kepada mangsa, doktor itu ternampak ada kesan luka baru dan kesan luka lama di beberapa bahagian badannya," katanya.

Selain itu, dia turut menemui kesan luka pada tangan dan kaki mangsa sebelum memaklumkannya kepada guru besar.

Pihak atasannya mengarahkan pegawai berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum suspek berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya jam 4.50 petang semalam.


Siasatan awal mendapati suspek dan suami menjadikan kanak-kanak itu anak angkat mereka pada 2017 selepas ibu kandung mangsa yang juga kakak suspek bercerai.


Foto: Berita Harian

Ketika disoal, suami mangsa mengakui isterinya sering mencubit mangsa ketika marah dan ingin menegur mangsa. Dia memaklumkan, sudah berkali-kali menegur isterinya supaya tidak berkasar ketika mengajar mangsa.

Tambah Poge, mangsa kini berada di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarikelabu 18-4-2019 03:32 PM
Kenapa lah buat mcm tu dgn kanak2. Kesian budak kecik tu kau dera dia...
Quote jazaa100 18-4-2019 03:42 PM
Gomok jugakkk.....

Kan aku dah kata...org gomok ni bahaya jaga bebudak...dia tak puashati dgn hidup dia, budak jd mangsa.....
Quote prettyuglybabe 18-4-2019 03:48 PM
kalau tak nak bela, jangan la bela..
anak buah sendiri kot..
kalau anak buah laki boleh la kata tak nak bela tapi terpaksa..
Quote buapakperut 18-4-2019 04:11 PM
kalau tak suka tak sayang kena nak bela anak tu. keji betul.. kesian budak kecik dapat mak angkat macam koba
Quote sukacactus 18-4-2019 04:19 PM
Tak ikhlas la tu bela ank sedara sdr
Quote MeMeimei 18-4-2019 04:26 PM
nasib ada program vaksin, klu tak lagi lama budak ni kena dera
Quote niena90 18-4-2019 04:51 PM
Suspek umur 25 tahun leher melendut mcm tu ke? Euwww
Quote ikanmasin 18-4-2019 04:56 PM
anak sedara sendiri jg kan..kalau tak nak jaga terus terang lah
jgn sbb tepaksa ko dera anak sedara ko tu..makcik jenis apalah
ko ni..
Quote tri-max 18-4-2019 05:11 PM
proggram vaksin start mgu ni kan
seram sejuk bebudak nak gi skolah
time ni lah mcm2 sakit jadi -jadian
Quote Kurex 18-4-2019 05:31 PM
Mesti suami dia jenis "awak.. Sudah sudah la tu.. Cuba bawak bersabar.. "
Quote sambaldurian 18-4-2019 05:52 PM
Sebaik ibu angkat dia xtau ada pergerakan anti vaksin kt malaysia ni, & bagi jgk anak angkat dia g skola. Bkn la ak nk sokong perderaan parents angkat dia ni, tp dlm kezaliman tu hantar bdk ni g blaja. X mcm org lain tu.
Quote giyomi 18-4-2019 07:12 PM
totey bapak dia ko nak, tp hasil darinya ko dera. sialan
Quote buapakperut 18-4-2019 07:17 PM
Kurex replied at 18-4-2019 09:31 AM
Mesti suami dia jenis "awak.. Sudah sudah la tu.. Cuba bawak bersabar.. "

pastu bini dia meraung macam bonobo cimpanzee. tolak laki dia tercampak terus
Quote PongKang 18-4-2019 08:04 PM
Org cmni patut dimasukkan dlm list xbole dekat dgn kanak2
Quote mamarock 18-4-2019 08:08 PM
Mak budak ni mana? Kenapa tak bela sendiri anak tu? Bapaknya pun hilang ke mana?
Quote None68 18-4-2019 08:08 PM
Haa baguslah tertangkap..laki pun dayus.
Quote anastasia7 19-4-2019 03:06 AM
giyomi replied at 18-4-2019 07:12 PM
totey bapak dia ko nak, tp hasil darinya ko dera. sialan

Anak sedara, bukan anak tiri
Quote Buritan 19-4-2019 06:00 AM
jazaa100 replied at 18-4-2019 03:42 PM
Gomok jugakkk.....

Kan aku dah kata...org gomok ni bahaya jaga bebudak...dia tak puashati dgn hid ...

Ct lassim mesti marah komen hang.. tp aku terhibur.. hahaha
Quote Buritan 19-4-2019 06:01 AM
tri-max replied at 18-4-2019 05:11 PM
proggram vaksin start mgu ni kan
seram sejuk bebudak nak gi skolah
time ni lah mcm2 sakit jadi -ja ...

Aku antara org yg nangis tak nak pi sekolah time ni.. smpai bpk aku ngamuk.. part anak aku pandai lak aku.. alaaa sikit jer

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.221334 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top