CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fantasi Liar, Suami Isteri Acu Senapang Paksa Buruh Lakukan Seks

18-4-2019 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4569| Komen: 12

Sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa melakukan ugutan bersenjata dan memaksa seorang buruh melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.

Memetik Mirror, Brenda Acuna-Aguero, 39, dikatakan menjemput mangsa warga Mexico itu di luar pasar raya Home Depot di Phoenix, Arizona pada Isnin lalu.




Sebaik tiba di rumah mereka, Brenda memberitahu mangsa bahawa ia adalah 'fantasinya untuk melakukan hubungan seks dengan seorang buruh'.

Lelaki itu bagaimanapun enggan melakukannya sebelum suami suspek, Jorge Francisco Valenzuela, 45, masuk ke dalam bilik berkenaan dengan senjata api, lalu mengacukannya ke dada mangsa.

Valenzuela dikatakan mengugut akan menembak mangsa sekiranya dia enggan melaksanakan permintaan isterinya itu.

Menurut polis, mangsa terpaksa melakukan hubungan kelamin dengan wanita berkenaan, sementara suaminya merakam perlakuan mereka menggunakan telefon bimbitnya dan mengancam akan mengirimkan gambar terbabit kepada isteri mangsa sekiranya enggan melakukan apa yang disuruh.


Mangsa memberitahu polis, Valenzuela merampas visa dan lesen memandunya kerana pasangan itu mahu dia kembali lagi keesokannya.


Kredit foto: Mirror

Difahamkan, pasangan itu kemudian menghantar lelaki terbabit ke Home Depot. Mungkin kerana belum merasa cukup puas, suspek sekali lagi menghubungi mangsa beberapa jam kemudian dan mengarahkannya untuk kembali ke rumah mereka.

Bagaimanapun, mangsa tidak datang bersendirian dan membawa rakannya ke rumah suspek menyebabkan Valenzuela mengirim gambar lelaki terbabit kepada isterinya sebelum buruh itu membuat laporan polis.

Menurut laporan, pasangan itu kemudian ditahan dan mengaku bersalah di atas kesemua perlakuan mereka. Valenzuela dan Brenda turut mengakui bahawa empat lagi lelaki menjadi mangsa fantasi liar mereka sebelum ini.

Kedua-dua suspek direman dan diarahkan mahkamah untuk membayar bon berjumlah ASD250,000 (RM1,034,025) seorang. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 18-4-2019 03:05 PM
Ini kes culik, ugut dan 'rogol' kan? Mengapa akak kurang simpati? Adekah akak gender bias? Btw, takziah buat mangsa kerana terpaksa layan nafsu fetish manusia2 huduh.
Quote sukacactus 18-4-2019 03:09 PM
Alahai muka sekor2 seburuk perangai!
Quote lkick2113 18-4-2019 03:48 PM
dua_chzy replied at 18-4-2019 03:05 PM
Ini kes culik, ugut dan 'rogol' kan? Mengapa akak kurang simpati? Adekah akak gender bias? Btw, takz ...

sebab huduh je....kalau lawa macam kim kardashian ke maria farida ke memang tak report polis dah...
Quote sehirkedi 18-4-2019 04:02 PM
Ommggg dahla buruk gundu.. Jahat pulak tu. Spesis ape ni.. Bukan manusia nie..
Quote buapakperut 18-4-2019 04:09 PM
mak aih muka memasing memang muka pemangsa sungguh.
Quote dua_chzy 18-4-2019 04:30 PM
lkick2113 replied at 18-4-2019 03:48 PM
sebab huduh je....kalau lawa macam kim kardashian ke maria farida ke memang tak report polis dah.. ...


Khenst? Ai felt quite bad ekceli Lkick. If mangsa tu seorang pompuan dan yang merogol mangsa pulok ialah si suami itu, musti tered ini dihujani komen rasukan ablasa tiada tapisan dari aiols. But karna mangsa seorang lelaki, yang merogol pulak pompuan, ai macam, tak berapa nak feel the pain of the victim.
Quote lkick2113 18-4-2019 04:35 PM
dua_chzy replied at 18-4-2019 04:30 PM
Khenst? Ai felt quite bad ekceli Lkick. If mangsa tu seorang pompuan dan yang merogol mangsa pul ...

tak boleh macam tu cikgu.....seks paksa boleh dianggap rogol...tak kira mangsa lelaki atau pompuan.....di malaysia kalau laki kena org bolayan je, tapi macam kes ni bukan kehendak lelaki tersebut, cuma dah diacukan senapang, susahlah..... nak tak nak jolok jugak lah...
Quote iloveselangor 18-4-2019 04:41 PM
Eiiuwwww camne la mangsa paksa diri untuk tegang
Quote Noraniza_Iblis 18-4-2019 04:51 PM
begau kemain laki bini nih..
mane la laki tu tak takot...
kalau kt Malaysia,mimpi ngeri utk lelaki siti kasim dgn kak km..
bogel pon x lalu nk hadap...
Quote IzzahF 18-4-2019 04:58 PM
ziziknye muka. dah buruk sgt terpaksa guna senapang. cuba comel lotey...siut2 sikit terus jalan.
Quote slavehunter 18-4-2019 11:54 PM
Memang mostly sex predator buruk dan busuk kan masing2? kesian sangat kejadian.
Quote None68 19-4-2019 06:15 AM
Apa benda punya news daa..gila punya orang..tgk muka pun mati selera nak beromen.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.274741 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top