CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tadika Disangka Hilang, Rupa-Rupanya Tertidur Dalam Bas Sekolah

18-4-2019 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6683| Komen: 41|Original author: Oleh: Myra Rozi

Disangka kejadian buruk berlaku ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika, rupa-rupanya kanak-kanak yang dilaporkan hilang sebelum ini berjaya ditemui dalam keadaan selamat.


Bernama melaporkan kanak-kanak berusia 4 tahun itu tertidur dalam sebuah bas sekolah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, 

"Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.

"Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai."

"Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.


Gambar Hiasan
Bas yang dinaiki kanak kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang," tambahnya.

Sumber menambah, guru pengiring ada membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. 

Namun setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira jumlah pelajar yang keluar dari bas.

"Kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Kira-kira pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.

"Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai."

Pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak kanak itu tertidur di kerusi bas. -CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 18-4-2019 12:06 PM
Lenanya tido anak oooi
Quote Artemesiaa 18-4-2019 12:10 PM
Lepas2 ni eloklah dibiasakan periksa dalam bus sama tiap kali sampai ke destinasi supaya kes tertinggal dalam bas seperti ini tak berulang
Quote tri-max 18-4-2019 12:12 PM
ayoooo pjg nyer kronologi
nasib baik bernapas lagi, klu kejung sudah menjawab lah acik drebar van
Quote chinta89 18-4-2019 12:16 PM
Ya Allah lamanya ko tetido dik... Nasib baik bukan kereta tertutup, x psl2 mati lemas...

Quote eetodee 18-4-2019 12:21 PM
lamanya budak tuh tido.
Quote gaara_X 18-4-2019 12:23 PM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...
Quote fifie_olin 18-4-2019 12:27 PM

bas berekon kot...tu sdp tdo plus bdk tu penat gila

Quote cap_ayam 18-4-2019 12:27 PM
Mujur hidup lagi anak ni.. baru 4 tahun.. penat sangat agaknya tu yang lena sangat.
Quote mieymiey 18-4-2019 12:30 PM
Penat sangat agaknya adik tu sampai tertidur pulas.
Quote arm_band 18-4-2019 12:43 PM
yang drebar tu pun tak pernah mengecheck bas ke setiap kali habis trip?

cikgu pula lupa nak kira budak2 lepas turun bas
Quote zaziot 18-4-2019 12:53 PM
kesiannye..syukur jumpe...mujur bernapas lg

apa la penerimaan parents bdk ni kat sek tu after kejadian ni
Quote Skuau 18-4-2019 12:55 PM
gaara_X replied at 18-4-2019 12:23 PM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...

ala...kapai terbang pon kira yg naik jer..time turun mana depa kira..kot2 tertidur dlm toilet...
Quote sukacactus 18-4-2019 01:00 PM
Penat sungguh budak tu pergi hari sukan
Rasa2nya masa ditemui tu pun masih nyenyak tido lg
Quote puteribaya 18-4-2019 01:18 PM
chinta89 replied at 18-4-2019 12:16 PM
Ya Allah lamanya ko tetido dik... Nasib baik bukan kereta tertutup, x psl2 mati lemas...

tu laa..nasib baik bus ..kalu keta tertutup menjawab la semuanya..yg cikgu pun..dah sampai kelas,,kira laa hendaknya..dan driver bas pun..lepas budak2 turun bas takkan x bersihkan bas..rombongan kot,,mesti ada tinggal kertas,botol2 air,plastik2 jajan..((ke sekolah x dibenarkan bawak jajan)
Quote prettyuglybabe 18-4-2019 01:47 PM
cikgu kira masa kat padang and masa naik bas..
dah cukup so sampai sekolah mesti la dorang ingat cukup..
mana la tau ada sorang tetido pulak..
peringatan buat cikgu-cikgu tadika tu..
lepas ni naik bas turun bas masuk kelas kena kira..
and untuk mak bapak, mesti bila anak dah besar nanti jadi bahan melawak kat anak
Quote TravellingBear 18-4-2019 01:50 PM
sukacactus replied at 18-4-2019 01:00 PM
Penat sungguh budak tu pergi hari sukan
Rasa2nya masa ditemui tu pun masih nyenyak tido lg

anak2 bunian dlm tu mmg ramai mujur tkde yg berkenan buat anak angkat
Quote rosa_canina 18-4-2019 02:01 PM
rsnya cikgu tggu dpn pintu bas.. pantau murid2 turun..
bila dh sume murid turun dia assume bas dh kosng.. dh takde murid..

nsb baik pkcik bas cek dlu sblm knci bas..
Quote jetrofa 18-4-2019 02:15 PM
budak ni mesti tembam dan gebu...ala2 pengsan kepenatan tahap koma gitu
Acik2 tadika tu pun patut sorang kena berdiri dlm bas kat belakang sekali masa turun...
Quote ninjago 18-4-2019 02:18 PM
gaara_X replied at 18-4-2019 11:23 AM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...

kan... yg cikgu pun.. takkan tak buat head count murid keluar masuk bas??? ishhh.. nasib baik jumpa tertidur.. buatnya jadik benda lain??

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.201222 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top