Selepas Aiman Tino, penyanyi muda Ismail Izzani pula yang dikaitkan dengan penyebaran video 'panas' mirip penyanyi berusia 19 tahun itu.
Menerusi laporan Harian Metro, Ismail menafikan yang video tersebut kepunyaannya. Malah, Ismail mempersoalkan tindakan individu tersebut yang hanya menyebarkan gambar 'screen shot' daripada video yang kononnya milik Ismail. "Saya pun tak tahu kenapa menjadi sasaran selepas Aiman Tino. Tak tahu nak cakap macam mana," ujar Ismail sambil mengatakan perkara tersebut sebagai kelakar. Ismail juga mendakwa telah menghubungi sendiri pengguna akaun Twitter yang menyebarkan berita palsu tersebut untuk meminta video penuh.
"Bukan saja saya, malah orang luar pun teruja nak tengok video itu. Tapi saya yakin, kalau mereka ternampak video itu nanti, inshaAllah mereka tahu ia bukan saya," ujar Ismail seperti yang dipetik dari Harian Metro.
|
annadonna replied at 18-4-2019 05:37 PM
okaylah kalau dia cabar tunjuk video penuh aku percayalah pensel itu bukan miliknya. Selalu yang bet ...
ADVERTISEMENT