CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidur Di Landasan, Penagih Gam Maut Digilis Kereta Api

18-4-2019 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2059| Komen: 5

Description: Lelaki disyaki penagih gam maut digilis kereta api selepas dipercayai tidur di landasan, hari ini.
Lelaki disyaki penagih gam maut digilis kereta api selepas dipercayai tidur di landasan, hari ini.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku jam 5 pagi tadi di Kilometer 1.5 Beaufort - Tanjung Aru, berhampiran Chan Funiture, Beaufort.


Mangsa berusia lingkungan 20-an dikatakan meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, ketika tiba di tempat kejadian, pemandu melihat objek melintang di landasan kereta api yang disangkakannya sampah berikutan keadaan gelap.

“Dalam jarak 20 meter pemandu jelas nampak objek itu adalah manusia lalu menggunakan brek kecemasan hingga menyebabkan kereta api terseret dan menggilis mangsa,” katanya.

Tambah Azmir, pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pihaknya mengesyaki mangsa penagih gam.


Mangsa kemungkinan dalam khayal akibat menghidu gam hingga tertidur di landasan berkenaan.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umie 18-4-2019 01:42 PM
Elok lah tu..kurang sorang sampah masyarakat!
Quote sarahmirza 18-4-2019 01:44 PM
Alhamdulillah...
Quote Bujat 18-4-2019 03:16 PM
Selayaknya
Quote buapakperut 18-4-2019 04:48 PM
natural selection kekdahnya... hidup jadi penagih
Quote moonbug 18-4-2019 05:21 PM
RIP.   






Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053397 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top