CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Beli Nasi Lemak, Dapat Lauk Duit' - Selit Sedekah Dalam Makanan Kepada Pelanggan

18-4-2019 04:17 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10612| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: ‘Beli Nasi Lemak, Dapat Lauk Duit’ – Selit Sedekah Dalam Makanan Kepada Pelanggan
Sama ada satu gimik untuk menarik pelanggan ataupun bersedakah cara baru, seorang penjual nasi lemak menjadi bualan ramai apabila beliau menyelitkan duit di dalam bungkusan makanan yang dijualnya.




Kredit foto: Facebook


Kisah itu menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook bernama Ameerul Hayat memuatnaik beberapa keping gambar nasi lemak yang dibeli oleh rakan isterinya.


Dalam bungkusan nasi lemak tersebut, terselit wang tunai RM5 yang dimasukkan dalam plastik lutsinar. Menurut beliau lagi, nasi lemak itu dibeli di sebuah gerai yang terletak di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor.


Kredit foto: Facebook



'Nasi lemak ini dibeli rakan isteri dalam enam bungkus, apabila dibuka terkejut ada lauk duit' katanya. Menurutnya lagi, inilah kali ketiga rakan isterinya membeli nasi bungkus berharga RM1.50 di gerai itu, dan kali pertama mendapat lauk duit.

Walaupun ada yang membuat spekulasi hanya kesilapan atau tercicir oleh pemilik ketika membungkus nasi tersebut, spekulasi itu padam apabila seorang lagi pengguna Twitter memuatnaik gambar nasi lemaknya yang turut diselitkan duit RM5.



Kredit foto: Twitter



Perkongsian itu mendapat banyak reaksi daripada netizen. Ramai yang memuji strategi pemasaran yang dibuat oleh penjual nasi lemak itu kerana hanya berbekalkan RM5, mampu menjadi viral seluruh Malaysia.


Kredit foto: Twitter


Ada pula yang menyamakan strategi ini dengan jackpot, permainan tikam dan permainan kanak-kanak Ding Dong di mana hanya pembeli bertuah akan mendapat ganjaran.


Kredit foto: Facebook


Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat mungkin ini cara penjual itu untuk memberi sedekah kepada pelanggannya.

Jika benar ini sedekah daripada penjual nasi lemak, memang selayaknya gerai ini diviralkan dan semoga rezekinya bertambah murah selepas ini.- CARI 

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 18-4-2019 04:20 PM
nasi lemak dah macam tikam2 dah
Quote Sang_Pencinta 18-4-2019 04:34 PM
Kalau modal rm1.50 dpt rm5 untung tu....

Tp jgn beli semata mata nak lauk duit lah
Quote mdhelmi 18-4-2019 04:57 PM
maksudnya nasi lemak free la
dtg mintak nasi lemak pastu minta balance lagi RM3.50
Quote LadyCarefree 18-4-2019 04:57 PM
Prefer beli nasi lemak dapat gentel puting
Quote intan_smsb 18-4-2019 05:17 PM
untungnye
Quote safriehalim 18-4-2019 05:35 PM
Edited by safriehalim at 18-4-2019 05:37 PM

Yelah dah macam main tikam pula.. Lepas ni ada yg beli sebab nak dpt duit. Haih teringat zaman budk2 dulu habis duit main tikam kat kedai runcit. Kalau ye pun nak sedekah bagi jelah nasi lemak percuma. Jgn niat yg baik tp tanpa disedari jadi perniagaan berkonsep judi pulak nanti.
Quote Artemesiaa 18-4-2019 06:00 PM
Mungkin tu cara dia nak tarik pelanggan supaya selalu membeli nasi lemaknya ialah sekarang in makin ramai penjual nasi lemak saingan makin banyak.
Quote Zeatyisaac 18-4-2019 06:09 PM
Sekurangnya beli nasi lemak dapat makan nasi lemak walaupun tak dapat duit. Kalau tikam tu dapat apa yer?
Quote Cookingholic 18-4-2019 06:31 PM
Haha.. ni inspired dari movie willy wonka and the chocolate factory ke hapa
Quote afidahhb 18-4-2019 06:45 PM
Macam x setuju plan kiter.. mmg la ltk dlm plastic.. tp ntah la. {:hooray
Quote cucuq 18-4-2019 06:59 PM
untunglerrrr dpt duittt
Quote giyomi 18-4-2019 07:30 PM
klu nak sedekah, naper tak bagi free jew ek...sekadar bertanya., @jazaa nak hencap gak ker
Quote NmeeraR 18-4-2019 08:43 PM
Semoga si penjual nasi lemak sentiasa dimurahkan rezeki. Aaminn...
Quote munchkin 18-4-2019 09:50 PM
Nasi lemak lauk duit satu!!!!
Quote None68 18-4-2019 10:20 PM
Untung ke buat gitu
Quote EvieWanKenobi 18-4-2019 10:31 PM
banyak juga nilainya kalau setiap bungkus
disedekahkan RM5..
Quote Sang_Pencinta 18-4-2019 10:34 PM
EvieWanKenobi replied at 18-4-2019 10:31 PM
banyak juga nilainya kalau setiap bungkus
disedekahkan RM5..

Kalau semua ada rm5 untunglah

masalahnya hanya bungkusan terpilih
Quote ikanmasin 18-4-2019 11:39 PM
Sang_Pencinta replied at 18-4-2019 10:34 PM
Kalau semua ada rm5 untunglah

masalahnya hanya bungkusan terpilih

oh ye ke.akk ingat semua .kira nasib2 lah sapa yg dapat yer..
Quote diss69 19-4-2019 01:35 AM
Selagi dia xmenipu ok je bg akk.. Anggap je laa strategi pemasaran

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060489 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top