CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berapa Kerap Anda Perlu Mencuci Rambut? Ini Pendapat Pakar...

18-4-2019 11:43 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 12711| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Tiga orang jurudandan rambut selebriti terkenal Julian Farel, Paul Cucinello dan Jenny Cho mendedahkan berapa kerap kita perlu mencuci rambut menggunakan syampu dan perapi.

Ini kerana kadang kala kita menggunakan sepanjang masa disebabkan rasa segar dan mudah menggayakan rambut.


Kredit foto: Carian Google
Ada yang jarang menggunakan syampu dan perapi manakala ada yang menggunakannya sepanjang hari. Persoalannya, berapa kerapkah kita perlu mencuci rambut?

Ini petua tiga selebriti ini mengenai kekerapan mencuci rambut;

1. Rambut Normal


Walaupun tidak ada kekerapan yang standard untuk rambut normal disebabkan masing-masing mempunyai rambut berbeza, secara umumnya ramai di antara kita menggunakannya dengan kadar berlebihan dan perlu dikurangkan.

Kredit foto: Carian Google
2. Rambut Berminyak

Sebenarnya tidak seperti tanggapan ramai, rambut berminyak tidak boleh dicuci terlalu kerap, kerana kulit kepala akan kehilangan minyak pelembab semulajadinya dan mengakibatkan rambut menjadi kering dan rapuh. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, anda dinasihatkan mencuci hanya dua atau tiga kali seminggu.

Kredit foto: howrid.com
3. Rambut Rosak

Sekiranya rambut anda rosak disebabkan terlalu digayakan, menggunakan pengering, pewarna dan mesin meluruskan rambut, anda digalakkan mencuci rambut sekali atau dua kali seminggu.


Kredit foto: Carian Google
4. Rambut Kering

Pemilik rambut kering digalakkan mencuci dengan syampu hanya satu atau dua kali setiap minggu tetapi dibenarkan menggunakan perapi setiap hari. Sekiranya anda bersenam dan bimbang rambut berpeluh dan berbau, hanya cuci menggunakan air.


Kredit foto: Dry Hair
Selain daripada itu, mereka bertiga juga menggesa wanita yang mempunyai rambut bermasalah untuk memilih produk rawatan mengikut jenis rambut masing-masing sama ada pelembab, syampu khas merawat rambut rosak atau pemilik rambut berwarna. 

Mereka juga menggalakkan anda menggunakan syampu dengan betul iaitu memberi fokus kepada hujung rambut bukannya akar.


Kredit foto: Carian Google
Semoga perkongsian tiga orang pakar ini memberikan manfaat kepada anda. -CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 18-4-2019 12:20 PM
uols, syampu Himalaya utk rambut gugur ok tak? Tgk review mcm ramai kata ok.
Quote CardiGans85 18-4-2019 12:53 PM
Aku cuci everyday sebab pakai tudung tp aku guna small amount dan make sure kulit tu betul2 cuci. Rambut ok, x kering.

Rambut aku jns berminyak lg la ade jerawat 1-2 pd kulit kepala. Cuaca Humid/moist mmg rengsa la klu cuci 3 kali seminggu.

Skrgni pakai rejoice perfume je sbb aku mls nk cuba mcm2 brand dah. Elok pulak..
Quote Artemesiaa 18-4-2019 12:58 PM
Kalau dah tinggal di Malaysia ni eloklah cuci rambut setiap hari nak2 dengan cuaca panas melampau macam sekarang ni.  Peraturan diatas hanya sesuai diguna pakai dinegara yang ada musim je.
Quote None68 18-4-2019 01:36 PM
Aku hari2 cuci rambut bila mandi from head to toe dr rambut hitam smpi beruban..
Quote amyza 18-4-2019 02:56 PM
Hari2 cuci rambut, dari kecik sampai skrg. Rasa tak syok pulak mandi tak cuci rambut.
Quote Yorimimiko 18-4-2019 09:05 PM
Hari hari cuci rambut sbb rasa rimas kalau tak cuci. Cuma sekarang ni cuci dgn shampoo selang sehari tp conditioner mmg pakai hari2 sbb rambut iolls jenis kering. Then pakai serum rambut tiap malam.
Quote Bantalkuning 18-4-2019 09:35 PM
iols mmg cuci hari-hari.. kalau tak cuci, hadap la gatal-gatal kepala tergaru sana garu sini
Quote hyie 18-4-2019 10:12 PM
ada sekali tu, iols saja try syampu rambut hari2 selama seminggu. Lepas tu terus uban naik uols...agaknya rambut iols tak sesuai cuci hari2 kot...sentap sangat...dan2 iols beli syampu bawang yang jackie chan tu masalahnya tiada perubahan ya hahaha...cilakak tol terpengaruh dengan iklan
Quote SecretLuv 18-4-2019 10:42 PM
Siapa ada cadangan syampu apa yang elok untuk rambut gugur. Risau la tgk rambut selalu gugur ni. Rambut pun jenis kering.
Quote msdummy.2018 18-4-2019 11:36 PM
Rambut putih dh makin bnyk. Ada petua nk beri?? {:yameteh
Quote Perk77 19-4-2019 04:33 AM
SecretLuv replied at 18-4-2019 10:42 PM
Siapa ada cadangan syampu apa yang elok untuk rambut gugur. Risau la tgk rambut selalu gugur ni. Ram ...

Cuma amalkan air basuhan beras or air garam...setakat ni yg Aku amalkan mmg takde masalah gugur..Pakai garam bukit
Quote paz 19-4-2019 08:34 AM
Paz kena shampoo hari-hari and shampoo pun dari dermatologist.
Quote pittjie 19-4-2019 10:21 AM
Perk77 replied at 19-4-2019 04:33 AM
Cuma amalkan air basuhan beras or air garam...setakat ni yg Aku amalkan mmg takde masalah gugur..P ...

cam ne cara2nya? kena lumur dulu then bilas ..then guna syampoo ke?
Quote meteorspeed 19-4-2019 10:27 AM
iols nie 3 kali mandi..3 kali iols syampu.. takpa ker ek..iols mmg tak bleh kalu tak syampu..mmg kena syampu baru rasa legkap
Quote Perk77 19-4-2019 11:15 AM
pittjie replied at 19-4-2019 10:21 AM
cam ne cara2nya? kena lumur dulu then bilas ..then guna syampoo ke?

Mlm nak tidur Tu ..basuh...biarkan Kering...esok shampoo....nk Pakai air basuh beras boleh ..nk Pakai air garam pun boleh..mana2..nk buat hari2 boleh..buat selang2...kalau dh basuh terlupa shampoo pun Okey je...rambut tk busuk...
Quote pittjie 19-4-2019 11:17 AM
Perk77 replied at 19-4-2019 11:15 AM
Mlm nak tidur Tu ..basuh...biarkan Kering...esok shampoo....nk Pakai air basuh beras boleh ..nk Pa ...

thank you for the tips!
Quote Cutedebok 21-4-2019 02:53 AM
Tsubaki{:love
Quote lattehazelnut 21-4-2019 02:57 AM
Diorg negara sejuk boleh la basuh rambut selang2.. kalau xbasuh sehari dengan peluh, minyak etc kepam jadinya..
Quote miznora 21-4-2019 07:21 AM
rambut panjang ke rambut pendek ke hari2 kena shampoo. rasa tak lengkap pulak mandi kalau tak beshampoo skali sehari. kita seharian dah bepeluh2 kulit kepala ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top