Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikecam netizen baru-baru ini gara-gara statusnya di Twitter. Niatnya untuk mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil telah disalah erti.
Tulisnya, "Selepas buat lawatan mengejut ke Malaysian Future Leaders School Batch 2 di Negeri Sembilan, saya berhenti singgah makan tengah hari di Kedai Abang Sam, rembau/pedas N9. "Makan siput sedut, teringat nostalgia masa kecil dulu, di Johor ibu selalu masak siput sedut waktu saya demam." Ciapan itu dibalas dengan netizen yang pelik sebab biasanya bila demam orang makan panadol, tapi Syed Saddiq makan siput sedut. “Pelik-pelik la…orang demam tak makan sedut-sedut ini. Makan jela panadol dengan bubur. Lalu pula tekak nak telan siput sedut." Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun tidak memberi respon terhadap segala kecaman. -CARI |
kibodwatriuh replied at 17-4-2019 05:32 PM
apa logik demam makan siput sedut? orang demam selalunya makan pun tak lalu. ko biar betul Saddiq?
Knights replied at 17-4-2019 05:34 PM
ibu dia masak siput sedut
masakan ibu adalah ubat yang paling mujarab
prettyuglybabe replied at 17-4-2019 05:30 PM
sedapnya siput sedut masak lemak..
campur pulak keladi.. fuhhhh..
sfrnna replied at 17-4-2019 05:52 PM
you buat i rasa nak balik rumah suruh mak masak, masak lemak siput sedut dgn keladi.. slurp slurp ...
ADVERTISEMENT