CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Jijik Dengan Rasa Sup- Isteri Diikat Macam Anjing , Dibiar Kebuluran

17-4-2019 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4404| Komen: 23|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tak suka sup yang dimasak menyebabkan seorang suami tergamak mengikat leher isterinya seperti anjing.

Tambah kejam bila lelaki yang dikenali sebagai Alexander, 40 itu membiarkan mangsa kelaparan selama tiga hari tanpa makanan atau air.


Mangsa, Angela juga tidak dibenarkan untuk pergi ke tandas untuk memberikan pengajaran kepadanya.

Angela, Foto: Mirror
Mirror melaporkan mangsa diikat di leher menggunakan rantai besi dan ditambat pada perabot di bilik rumah mereka yang terletak di perkampungan Novokamenka, Ukraine. 

Difahamkan semuanya bermula bila mangsa menyediakan hidangan sup untuk makan tengah hari.

Angela, Foto: Mirror

Lelaki tersebut menjerit sambil mengatakan jijik sebelum memukul Angela dengan objek keras.

Semuanya terbongkar apabila seorang saudara mangsa datang dan memecah masuk ke rumahnya, menemui mangsa dalam keadaan yang teruk dan menggigil.

Alexander cuba melarikan diri dan bersembunyi dalam garaj kira-kira 20 kilometer dari rumahnya sebelum berjaya ditangkap.

Foto: Mirror
Angela berkata, "Dia menjerit dan menengking saya hanya kerana masakan saya tak sedap."

Bagaimanpun sup hanya dijadikan alasan untuk mendera selepas dia berhenti memberi wang kepadanya.

Selepas disiasat, Alexander berniat untuk mengikat isterinya selama sembilan hari.

Untuk kesalah tersebut, dia telah dijatuhkan hukuman selama tiga tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-4-2019 04:56 PM
Biawak ke suami dia
Quote buapakperut 17-4-2019 05:10 PM
wanita yang malang aralah yang tersalah pilih suami
Quote akuni 17-4-2019 05:31 PM
Selayaknya diberi makan racun tikus{:teatime
Quote Rainora 17-4-2019 06:17 PM
Memang suami saiko! Dahlah tak beri wang saku harap dapat makan sedap free je. Bayangkan tinggal kat tempat sejuk cam ukraine tu tak makan minum 3 hari. Kesian.
Quote giyomi 17-4-2019 06:19 PM
dah tau suami biawok, cepat2 lar cerai...tak guna harapka pisang tak seberapa klu tak mampu nak kerja. cisssss bedebah sgt
Quote sukacactus 17-4-2019 07:39 PM
Kalau bini xpandai masak, ko ajar sampai pandai
Xkira la masuk kelas ke panggil mak ajar ke hapa
Ni yg ko gi rantai & kurung tu dapat apa...mmg bodo pya laki
Quote turboturtle 17-4-2019 08:36 PM
Alexander ni berketurunan melayu.
Quote aijinmisaki 17-4-2019 09:01 PM
turboturtle: Alexander ni berketurunan melayu.


Dah kenapa pulak nak kaitkan dengan orang melayu?
Quote onexox97 17-4-2019 09:02 PM
Masak LA sendiri
Quote DeeHanania 17-4-2019 09:14 PM
hanat yer laki,
g masak laa sndirik
Quote None68 17-4-2019 09:48 PM
Orang dah masak pun x bersyukur..
Quote LautBiru52 17-4-2019 11:09 PM
Perangai serupa binatang la suami dia ni
Quote nenekglamer 17-4-2019 11:27 PM
Alang2 sup tak sedap.. ko campur racun sekali. Biar mamp laki biawak tarak guna itu.
Quote umie 18-4-2019 07:08 AM
Saiko punye laki. Ko ceraikan jer...kecik2 xnak mampus!!
Quote Simunggu 18-4-2019 07:12 AM
bagus kamu cari laki org berunai sabah..
Quote fifie_olin 18-4-2019 07:50 AM
syaiton sgt
Quote cmf_premierleag 18-4-2019 08:03 AM
acik2 ukraine pun spesis asalkan berlaki????
ingatkan acik2 kepam meleis je yg asalkan berlaki
Quote tri-max 18-4-2019 08:09 AM
see... semua problem disebabkan lelaki yg bodoh gatal **** nak berbini
lps tuh acah2 tuduh pompuanlah punca semua masalah dlm dunia termasuk punca adam terlepas ke dunia
kesamarataan gender .... nonsense
Quote pai.kacang 18-4-2019 02:58 PM
kesiannya.. 3 hari tak makan tak minum

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.142706 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top