Anak adalah anugerah terindah yang diimpikan setiap pasangan. Namun, ada juga segelintir ibu bapa bertindak di luar jangkaan apabila berdepan masalah kewangan untuk menyediakan kelengkapan anak kecil terutama bayi baru lahir. Mana tidaknya, kadangkala barangan keperluan bayi lebih mahal daripada orang dewasa. Jarang berlaku, tetapi ianya realiti apabila suami atau isteri iri hati terhadap pasangannya. Sebelum ini, ada suami tidak berpuas hati istrinya yang sarat hamil kurang melakukan kerja rumah dan dilabel sebagai pemalas. Terbaru, seorang lelaki bersungut apabila isterinya mahu berhenti memberi susu badan. Menerusi forum Reddit, lelaki itu berkata, selepas enam bulan memberi susu badan kepada bayi mereka, isterinya memutuskan untuk beralih kepada susu formula sepenuhnya. "Saya rasa kalau dia mahu berhenti menyusu badan tanpa sebab munasabah, dialah yang sepatutnya mengeluarkan bajet untuk membeli susu formula sebab dia yang membuat keputusan itu, kan?" soalnya. Tambahnya lagi, dia kemudian dimarahi isteri dan disifatkan lelaki tidak berguna kerana meminta pasangannya berbuat demikian. "Dia kata, ia (bajet untuk susu) sepatutnya dimasukkan ke dalam bajet keperluan isi rumah," katanya dengan penuh rasa tidak puas hati memandangkan bajet untuk keperluan rumah mereka agak ketat. Keluhannya itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen. "Tukar saja semua susu di dalam rumah dengan susu badan dan suruh suaminya keluarkan duit sendiri kalau dia nak susu biasa. "Menyusu badan adalah percuma hanya jika anda merasakan tenaga dan masa isteri melakukannya tidak bernilai," antara komen netizen terhadap lelaki terbabit. Amboi, bang. Buat anak nak sama-sama, tapi segala kos penjagaan anak semua tolak ke isteri, apa cerita? - CARI
|
bawangkecik replied at 17-4-2019 03:03 PM
ofis aku ada sorang macam ni. panas hati betul bila dia cakap
dia yang nak beranak, bagi la susu ...
ADVERTISEMENT