CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Diselamatkan Selepas Terapung 220km Ke Pelantar Minyak

20-4-2019 12:20 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5214| Komen: 46|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Anjing Diselamatkan Selepas Terapung 220km Ke Pelantar Minyak
Seekor anjing terapung diselamatkan oleh sepasukan pekerja di pelantar minyak yang terletak kira-kira 220km di tengah lautan dari pantai Thailand. Anjing yang keletihan itu dilihat berenang berdekatan platform penggerudian.



Kredit foto: BBC


Menurut BBC, anjing berwarna coklat baka Aspin itu berenang ke arah pelantar apabila seorang pekerja memanggilnya pada Jumaat lalu. Ia kemudiannya diselamatkan oleh pekerja-pekarja di pelantar itu.


Kredit foto: BBC



Tidak diketahui dengan jelas bagaimana anjing itu boleh terapung sejauh itu. Ada yang mengesyaki mungkin ia terjatuh daripada perahu nelayan.


Pekerja-pekerja tersebut menamakan anjing itu Boonrod, perkataan Thai yang bermaksud 'yang terselamat' atau 'survivor'.



Kredit foto: BBC


Menurut mereka , Boonrod kelihatan penat ketika diselamatkan dan memerlukan air dan makanan. Selepas kembali pulih, mereka membuat panggilan untuk meminta bantuan daripada sebuah kapal tangki yang kebetulan melalui lokasi.



Kredit foto: BBC



Boonrod dibersihkan dengan air tawar kerana bulunya dipenuhi dengan garam laut. Selepas itu ia tertidur keletihan.


Boonrod bernasib baik kerana keadaan air laut yang tenang ketika kejadian menyebabkan pekerja-pekerja pelantar mudah melihatnya di celah-celah tiang logam pelantar yang berkarat.


Kredit foto: BBC


Dalam operasi memindahkan, Boonrod diangkat oleh kren ke sebuah kapal tangki minyak pada hari Ahad dan dihantar ke sebuah klinik haiwan di Selatan Thailand.


Kredit foto: BBC

Kredit foto: BBC


Boonrod kini dalam keadaan sihat bagaimanapun  pemiliknya belum dikenalpasti.


Kredit foto: BBC


Anjing yang sangat bernasib baik. Persoalannya, mungkinkan Boonrod terjatuh daripada perahu nelayan sewaktu cuaca buruk? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 20-4-2019 12:23 PM
Sedih dan terharu, semoga Boonrod bertemu dengan tuan.
Quote kibodwatriuh 20-4-2019 12:49 PM
Alahai ciannya dia, nasib diselamatkan
Quote DeeHanania 20-4-2019 01:14 PM
Allah
Ksian yer Boonrod
Nasib sihat selepas diselamatkan
Quote MarissaOberlin 20-4-2019 01:26 PM
tOLONG BUAT MOVIE
Quote cmf_premierleag 20-4-2019 02:29 PM
kesian boonrod.survivor sangatt
Quote munchkin 20-4-2019 02:33 PM
Alah comel boonrood. Sayang semua haiwan
Quote slavehunter 20-4-2019 03:07 PM
Mata bonrood tu sedih penat ..mesti dalam hati dia kata " aku ingat aku dah mati dah baru nak redha sekali fuhh selamat".
Quote CiliPadiSedap 20-4-2019 03:24 PM
Itu pentingnya ajar anjing berenang. Mungkin anjing ni masa kecil ada masuk kelas renang..
Quote meisapoya 20-4-2019 03:29 PM
Sian boonrod. Nasib ada oranv perasan...
Quote noraidil_06 20-4-2019 03:29 PM
Take care boonrod
Quote buapakperut 20-4-2019 03:39 PM
MarissaOberlin: tOLONG BUAT MOVIE

memang nangis le kalau iols tengok movie nye
Quote Nenolen 20-4-2019 03:46 PM
Allahu...sian dia...nasib baik dijumpai oleh org baik2
Quote whitePoison 20-4-2019 06:48 PM
Sedihnya tengok mata dia
Harap2 kembali sihat. Panjang umur dia
Quote lasagnaklcc 20-4-2019 06:55 PM
Kalau bab2 binatang ni mmg sedih la. Mesti lama dlm air...
Quote ikanmasin 20-4-2019 08:17 PM
nsb baik gak org2 pelantar perasan..btl2 kuat anjing ni..
Quote prettyuglybabe 20-4-2019 09:08 PM
kesian dia.. i nak sangat bela satu tapi tak boleh kan..
Quote Bujat 20-4-2019 09:13 PM
Semuga penyelamat hanjeng ini ditempatkan di surga firdausi
Quote grouper 20-4-2019 09:36 PM
Nape anjing blh terapung x tenggelam..
Quote adeqbun 20-4-2019 10:28 PM
huwaa sedeynye..mesti anjing ni sentiasa berdoa dlm hati spy diselamatkan...ai lak yg sebak..tp camne lak leh tau jarak anjing tu berenang..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058113 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top