CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Durjana Guna 'Hanger' Gugurkan Kandungan Cucu Lepas Merogolnya

16-4-2019 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7010| Komen: 41

Tak tahu di mana letaknya kemanusiaan seorang datuk yang bukan sahaja merogol berkali-kali cucunya, namun bertindak ganas menggugurkan kandungan si mangsa. 

Memetik laporan Mirror UK, mangsa ketika itu berusia 12 tahun tidak menyedari dirinya hamil sehinggalah terpaksa menahan kesakitan selepas datuknya menggunakan penyangkut baju bagi menggugurkan kandungannya. 

Kini mangsa, Brave Charlotte Wade berusia 22 tahun mengakui tidak mampu untuk mengandung lagi akibat peristiwa hitam itu. 

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Barry, South Glamorga, Wales milik rakan kepada datuknya, laporan itu menyatakan. 

Hodges, 73 yang juga merupakan datuk tirinya didakwa telah merogol mangsa sejak berusia tujuh tahun sehingga 14 tahun. 

Kredit foto: Carian internet


Sadis sekali kerana mangsa hanya diberikan ganjaran gula-gula selain diugut untuk mencederakan abangnya jika dia membuka mulut. 

Sebelum itu, mangsa memberitahu dia telah diperlakukan gangguan seksual seperti diraba dan dicium sejak usianya lima tahun oleh datuknya itu. 

Wanita ini akhirnya bertindak berani melaporkan kepada polis apabila meningkat dewasa sehinggalah lelaki tersebut dijatuhkan hukuman 25 tahun penjara di atas 24 pertuduhan. - CARI 

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 16-4-2019 07:56 PM
Ape la setan sangat atok ko nih
Quote onexox97 16-4-2019 08:06 PM
Ringan nya hukuman
Quote Shayang 16-4-2019 08:48 PM
Sakitnya silap aribulan jahanam dah uterus dia kena rodok.
Atuk ni belajar dr pilem ke? kejamla
Quote shernazz 16-4-2019 08:51 PM
Shayang replied at 16-4-2019 08:48 PM
Sakitnya silap aribulan jahanam dah uterus dia kena rodok.
Atuk ni belajar dr pilem ke? kejamla

Mmg habis xblh ngandung dh ..huhu..sian dia
Quote sehirkedi 16-4-2019 08:53 PM
Sakit hati, sedih bercampur stress baca berita ni. Takde ke 'jack the ripper' versi bunuh spesis jahat camni? Spesis camni tak layak menikmati oksigen di dunia ni.
Quote sukacactus 16-4-2019 09:11 PM
Adoi! Ngerinya
Kejamnya atuk
Quote farlis 16-4-2019 09:32 PM
Setan sungguh {:freak{:freak{:freak{:freak
Mmg wajib sula rejam smpi matikkkk
Quote aHoi83 16-4-2019 09:43 PM
Kesian nya
Quote ikanmasin 16-4-2019 09:54 PM
setan nya org tua tu..elok mereput dlm penjara.
Quote kutipukau 16-4-2019 10:04 PM
Adoi...nyesal aku baca......murung aku memlm ni....
Quote xtahumenahu 16-4-2019 10:19 PM
Haihh..aku nak carut sgt2 atuk dia...tp kang jd minah rempit yg manjang tulis babi lak...

Quote prettyuglybabe 16-4-2019 10:35 PM
mana mungkin kokesen ada rogol rogol sumbang mahram ni.. ini jarum-jarum halus nak memburukkan kokesen..
Quote EvieWanKenobi 16-4-2019 10:36 PM
menderitalah dia seumur hidup..
Quote ilmhsm 16-4-2019 10:45 PM
Dunia akhir zamannnn ke ni
Quote OrkedCattleya 17-4-2019 12:59 AM
Kesiannya...sampai dah xboleh mengandung lagi. Datuk durjana!
Quote kroit92 17-4-2019 02:01 AM
kat ceruk mana dunia pun sekarang ni, jaga anak-anak korang sebaiknya

jangan percayakan orang lain sepenuhnya. hatta family sendiri pun
dah terlalu banyak kes haruan makan anak

atuk ke, pakcik ke, sepupu ke, sedara ke
jangan percaya 100%
Quote buapakperut 17-4-2019 02:07 AM
12 tahun kene rodok tableh bayangkan azab sengsara beliau. kene rogol sejak 7 tahun? lagi azab. hidup pulak dah mandul, kesian sangat2. datuk syetan harap disul sambil dibakar separuh masak hidup2..
Quote Queenmastani 17-4-2019 02:11 AM
Bersedia la nk jadi “lauk” dlm nnt yee atok setan!!!!
Quote DeeHanania 17-4-2019 08:52 AM
Hanat yer atuk tiri

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044532 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top