CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Hati Tendang Dan Pukul Anak, Ibu Dikecam Dera Si Model Cilik

16-4-2019 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7987| Komen: 53|Original author: Oleh: Myra Rozi


Seorang ibu telah mencetuskan kemarahan ramai apabila video dia menendang anaknya tular di media sosial.

Susulan itu wanita tersebut meminta maaf secara terbuka kerana mengasari anak perempuannya yang merupakan seorang model berusia tiga tahun.

Alasan dia bertindak demikian adalah kerana anaknya tidak mematuhi arahan ketika sesi penggambaran.

Peniaga pakaian di platform e-dagang Taobao terus mengenal pasti kanak-kanak itu sebagai Niuniu, yang selalu bekerja di Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang iaitu lokasi pangkalan Taobao serta penjual dalam talian lain. 

Lebih 100 jenama menandatangani surat terbuka mengecam penderaan model kanak-kanak itu.


Ibu Niuniu kemudiannya memohon maaf dan menjelasakan dia menyayangi anaknya dan tak mungkin menyakitinya.


“Tindakan saya dalam video itu adalah ketika mendidik dan berkomunikasi dengannya. Ia tidak bertujuan menyakitinya.

“Jika ini mencetuskan kekeliruan atau salah faham, saya mohon maaf. Saya tegaskan anak saya amat disayangi, dilindungi dan dihargai."

Selepas insiden ini, pelbagai video menyaksikan Niuniu didera terbongkar.

Antara komen dari netizen,

“Memang menakutkan. Bayangkan jika satu hari nanti dia tidak mampu bekerja atau sakit, mungkin ibunya akan terus mengabaikannya." -CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-4-2019 02:29 PM
Bangang punya mak
Pasni banyak brand banned budak.tu
Kesiannya dia kecik kecik dh jadi hmba
Quote top5complete 16-4-2019 02:31 PM
kalo aku ada anak perempuan aku sayang dia erat2. . .
Quote serinegara 16-4-2019 02:32 PM
Bukan tanggungjawab budak tu berkerja.

Dia pun tak faham apa tu ‘kerja’ dan kepentingan untuk dia ‘bekerja’.
Quote Rainora 16-4-2019 02:33 PM
Part penderahan kanak2 ni aku tak tahan. Budak 3 tahun dia dah buat camtu. Mau je aku terajang mak dia ni!
Quote tikusmontok 16-4-2019 02:39 PM
comelnya niuniu


Quote Rainora 16-4-2019 02:44 PM
Kiutnya niuniu ni tapi nasib tak baek dapat mak yg bangang! Klu depan camera crew dah tunjuk berani tendang anak apalagi klu kat rumah
Quote LautBiru52 16-4-2019 02:46 PM
Kesiannya. 3 tahun mane la paham ape2 lagi
Quote chicozinn 16-4-2019 02:47 PM
hmm..kesian budak comel tu..bak maihh la aku nak bela wat teman anak pompuan aku kt umah..ksian dia sbab anak aku ni cucu 1st belah aku so kat uma dia sengsorang ngan mak aku je time hari aku keje..uhuk3
Quote Nenolen 16-4-2019 02:48 PM
Tak guna punya mak...dah lah mkn hasil anak yg baru umur 3 thn
Quote haliamerah 16-4-2019 02:55 PM
giler sepak bontot anak umur 3 thun mcm tu..itu ke dia panggil nak didik dgn ksh sayang?..nmpk sgt mak die ni memg gilerrrr....dahla makan hasil anak...yg bapaknye tu nmpk mcm diam jek..

anak kau 3 thun kot..kau sepak kuat,tersembam ke lantai...kat rumah ni mcm mane lah mak die layan die..kena tengking je la agaknye...

Quote ais_kosong 16-4-2019 02:57 PM
kesiannya budak ni.
bila besar mesti depressed sebab dari kecil kena paksa kerja
Quote ikanmasin 16-4-2019 03:09 PM
bdk umur 3 thn akal pun bdk kecik lg.dah terang2 ko tendang pun kuat
ada hati kata ngajar anak gitu..budak 3thn ikut mood dia lah mcm mana
ko jd emak pandai2 lah pujuk bukan ko tendang ke apa.lg lah bdk tu moody
dah lah mkn hasil anak silap2 tua2 esok ko pl mkn terajang anak ko tu..boikot
trs biar anak tu tak pyh kerja dah.padan muka mak bapa nya ni..
Quote DayangKirana 16-4-2019 03:13 PM
setan nye mak dia..
perah hasil titik peluh anak..kecik2 lagi dah kena cari rezeki.
Quote L211 16-4-2019 03:20 PM
perangai rakyat China nie mmg lahanat.. makan hasil titik peluh anak, anak tu kecil lagi xmengerti apa2.. buat anak ko mati baru padan muka..
Quote prettyuglybabe 16-4-2019 03:22 PM
celah mana sayang tak nak sakitkan anak ko pi tendang macam tu?
hanat punya mak..
budak tu 3 tahun kot..
Quote Burong_Hantuk 16-4-2019 03:34 PM
chumilnya anak dia
Quote kucengcomel 16-4-2019 03:39 PM
hanat punya mak! kejadahnye sayang mcm tu! aeiii geram plak aku.dah la makan hasil anak..sok sok dh besar ank tu saman atau tinggalkan korang laki bini baru padan muke!
Quote Artemesiaa 16-4-2019 03:43 PM
Sian diperlakukan sebegitu oleh maknya sendiri tapi prc selalu agak kasar melayan anak mereka
Quote akumak 16-4-2019 04:21 PM
Aduhai kesiannyaaaa... dahla comel.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.065039 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top